Followers

Showing posts with label *Wedding*. Show all posts
Showing posts with label *Wedding*. Show all posts

Monday, May 7, 2012

~Alhamdulillah~

Salam and hi readers...

Alhamdulillah.. keluargaku dan keluarga bakal imamku telah mendapat kata sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan kami... inilah yang telah tertulis untuk kami.. kami redha dengan dugaan yang menimpa kami kerana kami yakin ada hikmah yang tersembunyi..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana tarikh telah ditetapkan sekali lagi.. mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar... amin~

Fizah mohon agar readers pun mendoakan majlis fizah berjalan dengan lancar ye.. thanx readers~ sampai sini kali ini... daaaa~ salam~

Sunday, May 6, 2012

~Dugaan Hidup~

Salam and hi readers...

Hari ini 06/05/12, abang sepupuku : Faiz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya.. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...

Betapa hebatnya percaturan kehidupan yang menimpa diri ini.. hari ini diri ini telah mendapat berita bahawa kakak sepupu juga bakal mengadakan majlis perkahwinan pada tarikh yang sama.. Allah Maha Besar... Disebabkan terlalu berrahsia, tinggal 6 bulan lagi, baru kami tahu.. itu pun disebabkan tarikh kami sama...

Maka makcik-makcik. pakcik-pakcik dan keluarga semua telah berbincang.. meminta diri ini untuk menganjak atau mengundurkan tarikh.... begitu besar dugaan hidup ini.. ya Allah, terasa terlalu kerdil diri ini di bumiMu yang luas ini... aku yakin dengan ketentuan Illahi.. Namun, Jiwa remaja ini memberontak.. diriku dan bakal imamku telah terlalu lama memilih tarikh tersebut.. demi Allah, terlalu lama kami telah sepakat... ya Allah.. bantulah hambaMu yang lemah ini.. teguhkanlah imanku, mantapkanlah akhlakku, ya Allah...

Maafkanlah aku ya Allah... biarlah semuanya berlalu.. pasti ada hikmahnya yang terselindung.. Readers, fizah mohon semua untuk mendoakan yang terbaik untuk fizah... terima kasih semua.. daaa~ salam...

Friday, May 4, 2012

~Wedding Cake~

~picture daripada sini~
~picture daripada sini~
~picture daripada sini~
Salam and hi readers...

sedapnya nampak kek kat atas ni kan?? heeee~ suka sangat dengan idea yang simple, tapi sangat kreatif... ok, nak mulakan entry kali ni pula..hehe...beberapa minggu lepas fizah ada tanya pada seseorang yang menjual kek ni.. tengok pada respon pembeli, memang sangat memuaskan.. fizah pun da tanya harga kek pada akak yang menjual tu... harga berpatutan..

tapi masalah yang fizah hadapi adalah nanti takut tak ada orang yang sanggup ambil kek kat rumah akak tu... fizah nampak perkara ni macam satu satu masalah yang agak besar.. nak kek cantik & sedap tu~ maybe bukan rezeki nak merasa untuk wedding... hehehe.. takpe-takpe nanti satu hari fizah akan order pada akak ni... insyaAllah...

hari tu fizah balik raub, berkesempatan untuk singgah di salah satu kedai kek yang agak terkenal kat Malaysia ni.. fizah tak nak nyatakan nama kedainya.. hehe... kek kat sini, mana yang sebiji je, harga berpatutan lagi... tapi bila tengok harga yang bertingkat, WAAAA!!! tak mampu fizah rasa... boleh sewa sepasang baju lelaki & perempuan untuk resepsi... heeee~ nampak gayanya, terpaksalah fizah kuburkan hasrat untuk beli kek kat kedai tu... tak pe la, ukur baju di badan sendiri kan.. hehe..

sekarang ni fizah decide nak pergi tengok kedai kek yang lain pula.. nak tengok harga macam mana... if lagi berpatutan, fizah akan buat tempahan terus... nampak macam awal sangat kan.. enam bulan lagi, tapi kek da tempah.. heeee~ nampak macam terlalu teruja kan?? heeee~

sebenarnya fizah risau sangat if perkara-perkara yang simple ni terlepas pandang.. nanti tengok-tengok da dekat dengan majlis beru nak terhegeh-hegeh... masa tu banyak lagi yang tak siap...tak ke huru hara jadinya... nauzubillah.. jauhkanlah ya Allah.. permudahkanlah segalanya... aminn..

ok lah, fizah minta sangat readers semua doakan segala persiapan berjalan lancar & masjid yang fizah dan bakal imam fizah mahu dirikan ni mampu berdiri utuh hingga ke syurga.. amin~

sampai sini dulu kali ni, lain kali fizah sambung pula... daaa readers~

Wednesday, May 2, 2012

~Hantaran~

~Ensiklopedia Solat~


Salam and hi readers...


kali ni fizah nak cerita pasal hantaran pula... pening sebenarnya bila memikirkan pasal hantaran ni.. ikut hati banyak sangat barang-barang yang nak dijadikan hantaran.. tapi fizah sedar dengan kemampuan diri sendiri.. bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri... jika terlebih ukur, merana la diri kita nanti.. tak gitu?? hehe...

ok, setakat ni fizah baru beli satu je barang hantaran untuk diberikan kepada bakal imam fizah... readers nak tahu tak apa barang tu?? heeee~ boleh tak nak biarkan rahsia~~ heeeee~ mengada-ngada ye fizah!! da sebut, tak beritahu pula!! heeee~ fizah dah beli senaskah buku iaitu ENSIKLOPEDIA SOLAT.. ada makna tersirat disebalik hantaran ni..

pada pandangan fizah, hantaran ni untuk menjadikan rumah tangga kami dan keluarga kami insan-insan yang mementingkan solat... makna tersiratnya untuk menjadi panduan kepada bakal imam fizah supaya mampu membimbing serta membetulkan kami mendirikan solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna... insyaAllah...

fizah masih memikirkan apa lagi yang patut fizah jadikan hantaran ye?? readers ada cadangan tak? jika readers mempunyai sebarang cadangan, jangan segan-segan untuk share kan dengan fizah ye..

ok lah, sampai sini dulu kali ni... cerita pasal kahwin ni, memang susah nak berhenti.. heeee~ lain kali kita jumpa lagi ye...

Ya Allah, tambahkanlah keimananku, keimanan keluargaku, keimanan seluruh muslimin dan muslimat seluruhnya... Lindungilah kami daripada sebarang perasaan hasad dengki dan fitnah yang boleh melunturkan keimanan kami... Permudahkanlah segala urusan kami... Aminn Ya Rabb...

~Catering~

~picture pinjam daripada sini~


Salam and hi readers...

syukur alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk menyedut udara yang segar pada hari ini... kali ni fizah nak kongsikan berkenaan katering...

fizah nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada bonda fizah yang sudah bertungkus lumus untuk cari caterer untuk majlis perkahwinan puterinya ni... thanx a lot, mak..

sebenarnya mak fizah dah bertanya beberapa caterer sebelum ni.. ada caterer yang dah di'booking' untuk majlis sehari selepas fizah, jadi mak cik ni tak nak ambil da untuk hari sebelum tu.. penat sangat pula dia nanti.. tak pe la, tak kan nak paksa pula kan...hehe..

seorang lagi mak cik yang mak fizah tanya, dia minta agak mahal daripada caterer lain.. kena fikir banyak kali if nak ambil dia... dah la bajet fizah ciput je.. if kena bayar lebih untuk caterer, boleh pening kepala fikir mana nak cekau duit... hehe..

caterer seterusnya merupakan jiran fizah.. pak cik ni memang ada kedai makan... mak fizah dah bertanya pada dia awal-awal hari tu, tapi dia tak nak sebab katanya pekerja dia tak cukup... agak terkilan juga pada mulanya... huhu...

petang tadi mak fizah telefon, beritahu yang pak cik caterer tu setuju nak ambil tempahan kami.. alhamdulillah... terima kasih pada mak cik jiran sebelah rumah yang telah berjaya memujuk pak cik dan isterinya untuk ambil tempahan kami.. Syukur alhamdulillah...

Yang paling utama, syukur kepada Allah S.W.T yang memudahkan perjalanan penyatuan hati fizah dan bakal suami... Allah akan permudahkan urusan kita dalam menghalalkan perhubungan antara dua insan... insyaAllah.. Amin Ya Rabb...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, keluargaku dan semuanya yang terlibat dalam menuju hari bahagia ini.. aminn~

Sampai sini dulu kali ni, daaa readers~

Friday, April 27, 2012

~Paper bag untuk Goodies Bag~

Salam and Hi readers...

da lama fizah tak update blog.. banyak sangat kekangan sekarang ni.. memang terasa sangat banyak kerja yang perlu disiapkan lebih-lebih lagi menjelang penghujung semester ni... heeee~ sabar je la kan... dugaan,biasa la... tanpa dugaan semua ni, hidup kita pun tak akan jadi matang.. cewahh...

Ok la, fizah tak nak membebel banyak sangat, nak straight to the point.. hari ni nak cerita pasal Goodies Bag... pada mulanya fizah plan nak beli beg plastik yang bercorak-corak tu je.. kononnya macam nak senang dan jimat kos... tapi bila dicongak, dibahagi, didarab segala, rupanya agak 'costing' juga... ohh...TIDAK!!! saya kena 'cut cost'... hehehe...

bagi fizah, macam mana pun bentuk fizikal dan rupa bentuk beg tu, bukanlah perkara yang paling penting.. biar nampak simple tapi ada makna... baru la best... heeee~ bagi fizah, biarlah harganya murah, asalkan kita pandai hias goodies bag tu nampak macam ada 'sentimental value'... tu pun da cukup... heeee~

ok, semalam ada seorang kawan fizah, Zulia yang juga merupakan 'Bride 2 Be' ada share kat mana boleh dapatkan goodie bag yang macam fizah inginkan tu dengan harga yang berpatutan... seronoknya~ tercapai juga impian... alhamdulillah... sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih pada Zulia...

sekarang ni fizah tengah plan macam mana nak design goodies bag tu.. sebabnya goodies bag yang fizah plan nak beli ni adalah 'brown paper bag', macam yang kita dapat bila beli 'waffle' tu... fizah dapat idea ni pun selepas terbaca 1 blog ni.. tapi da terlupa pula blog yang mana satu... nanti fizah jumpa blog tu fizah cuba link kan ye.. heeee~

daripada blog tu, fizah dapat tengok betapa kreatifnya blogger tu.. kiranya memang sesuai sangat idea blogger tersebut untuk fizah praktikkan memandangkan bajet fizah pun tak besar... heeee~ kat bawah ni fizah bagi contoh design pada paper bag tu..

gambar yang pertama ni memang dia ada buat package terus, harga pun berpatutan...sesiapa yang berminat boleh la tengok.. comel pula tu design dia..

ok la, fizah berhenti sampai sini dulu untuk kali ni... lain kali fizah update lagi k... heee~ daaa semua~ Salam~

~picture pinjam daripada sini~

~picture pinjam daripada sini~

Sunday, April 8, 2012

~Wedding Preparation Part 2~

Salam and hi readers...

hehehe.... excited sangat bila cite bab kahwin ni... so, kali ni fizah nak share preparation yang da dibuat sepanjang cuti mid term ni... heeeee~

fizah dan mak fizah da pergi kedai perabot hari tu, mula-mula ingat nak survey dulu... TAPI kami terus beli... sebabnya set bilik tidur kat situ murah, harga dari kilang... memang terpaksa beli pun sebab bilik fizah belum ada perabot... disebabkan kami renovate rumah, ada katil yang berjemur berpanas berhujan sampai reput... jadi kena la beli baru.. tak pe, memang keperluan.. so, fizah memang kena cut cost untuk barang-barang lain nanti... heeee~

selain daripada tu, fizah pun da beli langsir mengikut tema yang dipilih, ni pun ada offer... memang best la bila beli barang yang ada offer ni.. macam tau-tau je kita nak jimat cost.. hihihi... kat situ juga fizah jumpa cadar yang memang berkenan di hati dengan harga yang masih mengikut bajet perbelanjaan...

rasa macam agak lega sebab benda yang besar-besar macam ni da settle... yeay!!! lepas ni boleh fokus kat benda-benda lain pula... yahooo!!! nampak sangat tak sabarnya kan... ish3... apa nak jadi ni hafizah... behave behave~ heeeee~ perasaan macam ni hanya bride & groom to be je yang faham sebenarnya... excited terlebih.... kan3?? heeee~ siapa setuju angkat tangan dan kaki... opppsssss terlebih sudah.... lalala~

ok la, tu je la untuk kali ni... nanti ada update lagi, fizah cerita lagi ye... tinggal 7 bulan lagi~ ya Allah panjangkanlah jodoh Nor Hafizah & Mohd Azaqusyairi hingga ke syurga... Permudahkanlah urusan penyatuan hati Nor Hafizah & Mohd Azaqusyairi...aminn~

Friday, April 6, 2012

~Survey part 2~

Salam and hi readers...

sekarang ni fizah berada di kampung halaman... dapat la buat survey sikit-sikit... hari tu da pergi tengok baju pengantin dekat D'Inai Collection kat Raub... bajunya cantik-cantik.... butik ni Zulia yang suruh fizah pergi tengok sebab dia kata baju cantik-cantik...

tapi fizah tak decide lagi sebab fizah rasa fizah kena pergi survey banyak lagi kedai... bila da survey banyak tempat, barulah boleh buat pilihan yang tepat... readers setuju tak? heeeee~

ada dua butik lagi fizah pergi, tapi malangnya orang yang handle tak ada, tak dapat la nak berbincang... tak pe, insyaAllah ada kesempatan fizah pergi... readers doakan fizah sempat pergi survey dalam masa cuti yang masih bersisa ni ye...amin..

okay, tu bab butik pengantin... sekarang ni nak cerita bab homestay pula.. tempat untuk pihak pengantin lelaki & keluarga bertanggak... fizah da bincang dengan mak untuk sewa homestay yang kami selalu pergi tu... mak pun setuju... cukup la untuk future husband fizah & family... luas juga rumah tu... insyaAllah fizah akan contact akak rumah tu untuk buat tempahan.. moga Allah permudahkan urusan fizah.. amin...

setakat ni je dulu kali ni... yang lain-lain masih dalam misi pencarian.. fizah masih mencari-cari idea lain untuk dijadikan doorgift... idea yang fizah bentangkan pada mak, mak tak berapa setuju pula...kena la cari idea lain pula nampak gayanya...heeee~ tak pe, usaha tangga kejayaan... yeay!!!

daaa readers~

Thursday, March 29, 2012

~Survey~

Salam and hi readers...

Fizah nak share...sekarang tengah busy sangat... hehehe... bukan setakat kerja yang menimbun... ditambah pula dengan semangat yang membara untuk buat survey berkenaan perkahwinan... excited kot...sempat lagi curi-curi masa buat survey... hafizah... hafizah... hehehe

dalam waktu sekarang ni, bila buat survey tu... banyak betul benda yang menarik perhatian.. tak tahu nak pilih yang mana satu... rambang mata dibuatnya.... heeee~ kadang-kadang macam kelakar pun ada.. mana tak nya, mula-mula dah berkenan dengan satu doorgift ni, bila teruskan lagi survey, tiba-tiba berkenaan pula kat yang baru tu... akhir sekali x tahu nak decide yang mana satu... rasa macam nak beli semua je... tamak betul bunyinya kan... mana boleh beli semua...nanti duit habis kat situ je pula..heeeee~

fizah kena buat perbincangan dengan family dulu sebelum buat pilihan... minta pendapat mereka... bagi fizah itulah yang terbaik... takut-takut pilihan yang fizah buat sendiri tak begitu sesuai ke apa ke kan...hehehe....

rasanya sampai sini je update untuk kali ni...lain kali update lagi ye... masih ada tanggungjawab sebagai mahasiswi yang harus dibereskan... daaaa readers.... :)

Monday, March 19, 2012

~Wedding Preparation Part 1~

salam and hi readers... lamanya fizah tak buat coretan kat sini... hari tu ada mood nak update, internet pula buat hal... heeee~

macam tajuk post ni, fizah nak cerita pasal preparation untuk wedding fizah nanti... sekarang ni fizah dok mencari-cari pakej-pakej yang menarik dengan harga berpatutan.. kena la save duit kan, jika melebih-lebih sangat spend duit untuk majlis, takut nanti lepas kahwin da tak ada duit pula... tak ke naya macam tu... padahal kehidupan selepas kahwin lebih memerlukan banyak duit berbanding majlis perkahwinan itu sendiri... ini pendapat peribadi fizah...

fizah tak nafikan kepada siapa-siapa yang mengatakan biar la majlis tu grand, kahwin kan sekali seumur hidup... memang best if dapat buat majlis grand... nak meraikan pengantin baru... tapi bagi orang macam fizah ni, hidup secara sederhana.. majlis pun nak sederhana je... asalkan ada majlis sudah... bak kata orang, ukur baju di badan sendiri... ikut kemampuan diri kita sudah la... betul tak?? heeeeee~

dua minggu lepas fizah dah pergi tempah kad kahwin...da bagi design yang kita nak... tapi bulan 6 nanti baru dapat feed back... ramai orang cakap kenapa awal sangat tempah kad? bagi fizah, mana benda yang boleh buat dulu, lebih balik kita buat dulu... sebab nanti majlis da dekat, tengok-tengok kad tak ada lagi...tak ke naya macam tu... (banyak pula pakai perkataan ni hari ni..hehehe)...

photographer pun da ada.... fizah da maklumkan pada abang sepupu fizah untuk jadi photographer masa majlis fizah nanti... senang sikit berurusan dengan keluarga sendiri.. dapat juga membantu saudara sendiri.tak gitu?? heeeee~

khemah, meja dan kerusi pun mak fizah dah tempah siap-siap...takut nanti orang lain da booking, kita terpaksa minta jemputan makan bersila ramai-ramai pula nanti if tak dapat kerusi dan meja... kesian pula bagi mereka yang tak boleh duduk bersila lama-lama.. heeeee~

fizah still survey mana-mana barang yang harganya berpatutan yang boleh dijadikan hantaran.... any idea readers? siapa-siapa yang ada idea tu boleh la share dengan fizah... jangan segan-segan untuk tinggalkan komen.... thanx readers.. :)

Monday, February 27, 2012

~counting the day~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, December 26, 2011

~Kahwin Muda~

~Picture pinjam daripada sini~
Salam n hi readers...

Waaahhhh! title entry da sangat gempak... Fizah nak tanya pendapat readers tentang kahwin muda? Tengok pada sekeliling kita sekarang ni, kahwin muda ni bukan lagi perkara pelik jika nak dibandingkan dalam 5 tahun yang terdahulu...

kawan-kawan Fizah pun da ramai yang berkahwin walaupun baru berusia 22 tahun... di kesempatan ini nak ucapkan tahniah kepada geng PLKN Fizah : Mimi Muamira kerana di atas Majlis Resepsi pada 24 December lalu.. (Maaf ye Mimi Fizah tak dapat nak attend... insyaAllah ada kesempatan, Fizah jalan-jalan ke Kuala Terengganu...)

Fizah nak tanya readers lagi, (banyak pula soalan Fizah hari ni..heee~) Ada tak readers yang nak kahwin muda? Mesti ada kan... Even Fizah pun rasa macam tu.. Bila kita da jumpa dengan insan yang boleh menerima kita seadanya... Bukan senang kan nak jumpa insan macam ni? Fizah yakin dengan takdir yang telah Alah aturkan untuk Fizah... Fizah harap sangat readers doakan jodoh Fizah bersama Aza dipercepatkan & berpanjangan... Aamin...

Perancangan memang dah ada, insyaAllah jika tiada aral melintang, ada la tu.... Kami hanya merancang, Allah juga yang menentukan... Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar... aamin... =)


Saturday, December 17, 2011

~Hakikat Persiapan Perkahwinan~


~Picture pinjam daripada sini~

Salam & Hi readers... 
Kali ni Fizah nak share artikel yang telah ditulis oleh Zulakmar Hazwan Pada 3 Oktober 2011, walaupun penulis lebih cenderung menceritakan tentang bakal pengantin lelaki, tapi tu tak menjadi masalah.. ilmu ni boleh dikongsi oleh semua... Jom baca :  
"Saya merasakan kita perlu wujudkan post mortem dengan apa kita lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, kita perlu mengelak dari menjadi kebiasaan diri kita yang selalunya mencari alasan untuk membenarkan cara, walhal kita perlu mencari kebenaran untuk mengetahui cara.

Di musim perkahwinan yang lalu, rata-rata seronok sekali berkenduri kendara dengan pelbagai tema dan mengharungi pelbagai rintangan dalam persiapan. Rata-rata majalah dan ceramah agama menyentuh aspek larangan dalam kebiasaan menganjurkan walimatulurus seperti pakaian, kelalaian masa, pertembungan antara budaya dan agama, dan pembaziran wang. Namun, aspek persiapan dicanang-canang seawal 3 hingga 4 bulan, sehingga dianjurkan Wedding Festival dan Pameran Kerja Kahwin.
Secara umumnya, kita melihat bahawa kaum hawa lebih fokus dan komited dalam melakukan persiapan perkahwinan, dari persiapan jemputan, ketibaan, hiburan, bersanding dan makan beradap serta fotografi. Di pihak lelaki, rata-rata kita menyaksikan lelaki lebih cenderung bersiap sedia menghadapi saat akad nikah. Terutamanya berkenaan soalan-soalan cepu emas.
Tidak terlepas pandang, dikalangan lelaki yang mempersiapkan diri untuk malam pertama. Baju bersanding, keadaan dewan, jemputan dan berbagai lagi kebiasaannya menjadi pak turut sahaja. Kerenah manusia, ada juga lelaki begitu cerewet berkenaan persediaan begitu, kadang lebih cerewet dari perempuan pula.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, sekali pandang telah mula nampak kesedaran di kalangan bakal pengantin kerana ada mula membuat persiapan yang hakiki, persiapan untuk menjadi seorang pemimpin keluarga, pendidik keluarga dan seorang yang melengkapi imannya.
Begitulah perkahwinan yang mengubah dengan mengangkat martabat seseorang. Alangkah ruginya jika kita tiada kesedaran ini dan beranggapan bahawa perkahwinan adalah semata-mata untuk berumah tangga dan untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Menyedari hakikat perkahwinan ini mengangkat martabat seseorang, maka persiapan perlu dibuat. Bagaikan kita akan ditabal menjadi seorang raja. Kita tidak mahu menjadi seorang raja yang bodoh dan dibonekakan. Oleh itu, ilmu itu perlu.
Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dantasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan.
Jika kamu pembaca ini adalah seorang wanita, mintalah dia bawa kamu atau dia menghadiri kuliah-kuliah agama atau kelas pengajian dewasa di masjid-masjid berdekatan. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit, akan membawa keberkatan dan ilmu itu datang kepada kita tanpa kita duga.
Ilmu berumahtangga, terutamanya kaedah-kaedah menghadapi konflik juga penting. Perkahwinan akan menggabungkan 2 keluarga dan seorang suami itu mengetuai jalingan antara dua keluarga ini. Tidak semudah dijangka, konflik dalaman yakni di dalam rumah kita sendiri juga boleh berlaku. Memadai jika bersenang-senang membaca buku-buku motivasi dan hadir ke perbincangan mengenai isu ini.
Ilmu ekonomi rumahtangga antara yang penting dan memainkan peranan besar dalam mengemudi kapal perkahwinan. Sebagai seorang ketua, kita menetapkan bajet dan memastikan anak-anak dan isteri berada dalam keadaan terbaik dalam mencari hala tuju masa hadapan mereka. Buatlah bajet untuk perbelanjaan harian, perbelanjaan ke arah ibadah, zakat dan nafkah.
Ilmu terakhir adalah ilmu menghadapi masalah. Meskipun kita miliki ilmu berumahtangga, ekonomi dan agama sekalipun tetapi kita kurang arif dalam menghadapi masalah, kemungkinan besar kita akan terjerumus ke dalam permasalahan yang lebih besar. Sabar dan bertolak ansur serta menyiasat sebelum bertindak antara kaedah-kaedah dalam menghadapi masalah.
Suka saya menyingkap kata-kata Imam Al-Ghazali, "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang", yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya.Carilah ilmu yang bermanfaat.
Dahulunya kita mampu memperlajari ilmu-ilmu di universiti, melepasi segala peperiksaan dan menggenggam ijazah, tidak mustahil untuk kita mempelajari ilmu agama pula. Yang penting, langkah pertama! Mencari ilmu tidak kenal usia, apa dimalukan untuk belajar meskipun usia sudah lanjut, sedangkan doktor-doktor falsafah umurnya menjangkau 40-50an masih belajar mencari PhD?
Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak. Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan. Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang."

Saturday, November 26, 2011

~HARI BAHAGIA~

Salam..


Hi semua... Jumpa lagi.. heeee~ Korang mesti tertanya-tanya maksud hari bahagia tu kan? Jgn salah faham ye semua... Hari bahagia itu bukan hari bahagia saya... Hari bahagia saya bakal menyusul nanti, insyaAllah.. doa-doakan ye.. =)


Hari bahagia kali ini milik kawan PLKN saya : MOHD KHAIRI KAUS (I called him : Kery). Actually yang saya pergi ni majlis menyambut menantu, pernikahan & kenduri pihak perempuan da berlangsung minggu lepas di Jerantut....


Sesampai je kat umah Kery, letak hadiah kat dalam umah.. memang tak tentu arah la mula2 sampai tu.... datang kenduri sorang2.. itu memang perkara yang sagant jarang saya lakukan ye.. agak terkontang-kanting jugak la...


Lepas letak hadiah, tak sangka nampak sorang lagi kawan PLKN saya : Mohd Aizat Syahmi (I called him Aizat)... ingatkan Aizat tak balik... heeee~ Ada jugak membe yang boleh diajak berbual... yippe!!! then kami amik pic dengan Kery... Wife Kery tengah bersiap lagi masa ni... After that, baru la saya dengan muke selamba pegi makan sorang-sorang... segan jugak sebenarnya, tapi nak buat macam mana, perut da lapar..heee~


Before balik, saya sempat lagi amik pic pengantin, then bergambar dengan wife Kery.. Wife Kery sangat cantik..serius tak tipu...Sweet sangat tengok diorang berdua....Moga kekal hingga ke akhir hayat, Kery & Wife... =)


P/s: Hopefully wedding saya nanti Kery & wife datang ye.. =)
     : Hopefully majlis saya menyusul selepas ini..aamin... Please pray for us.. =)


  

Monday, November 21, 2011

MELAKA Bandaraya Bersejarah

Salam...

Hi semua...Hari ni saya nak bercerita pasal trip ke Melaka...Padahal tidur 1 malam je kat sana..

19.11.2011 :
1. Saya dan mak bertolak ke Melaka..Laluan kami : Kuantan-Gambang-Kuala LumpurSeremban-Melaka.. JAUH kan...padahal ikut Segamat lg cepat... tp sebab ada misi...tu yg ikut laluan ni...heee~
                 
2. Dalam seumur hidup, ni la pertama kali jumpa Mohd Azaqusyairi Bin Abdul Aziz (MAAA) dalam masa seminit je..hahaha..dalam sejarah tu...hehehe...
               
3. Majlis Pernikahan my niece, Nur Intan Syuhada. Congrats Syuhada, da dapat title PUAN...heeee~ Majlis ni pun saya cipta sejarah, sebabnya just pkai KEMEJA + JEANS + SATIN SHAWL...hahaha...Ni la akibatnya bila terlupa nak bertanya masa kemas2 baju...x pe la, bukan pengantin pun kan..hahaha...

20.11.2011:
1. Resepsi pengantin...Jumpa sedara mara..seronok nya if dapat stay lama...

2. Jumpa adik angkat yang da lama kenal dalam sosial, but baru 1st time bersua muka...Saya dan Mak pegi jumpa Nabil dekat Pantai Puteri...Kami borak2 x sampai 10minit pun...

3. Balik Kuantan..kali ni laluan kami : Melaka-Tangkak-Segamat-Muadzam Shah-Gambang-Kuantan..alhamdulillah sampai kuantan 6.40pm...so,perjalanan amik masa 4Jam 40Minit (da termasuk berhenti rehat)...

ok, setakat ni je story pasal trip singkat ke Melaka...Hopefully lepas ni dpt pegi lama sikit..x sempat langsung nk berjalan2..sedey tol.. =(