Followers

Sunday, May 6, 2012

~Dugaan Hidup~

Salam and hi readers...

Hari ini 06/05/12, abang sepupuku : Faiz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya.. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...

Betapa hebatnya percaturan kehidupan yang menimpa diri ini.. hari ini diri ini telah mendapat berita bahawa kakak sepupu juga bakal mengadakan majlis perkahwinan pada tarikh yang sama.. Allah Maha Besar... Disebabkan terlalu berrahsia, tinggal 6 bulan lagi, baru kami tahu.. itu pun disebabkan tarikh kami sama...

Maka makcik-makcik. pakcik-pakcik dan keluarga semua telah berbincang.. meminta diri ini untuk menganjak atau mengundurkan tarikh.... begitu besar dugaan hidup ini.. ya Allah, terasa terlalu kerdil diri ini di bumiMu yang luas ini... aku yakin dengan ketentuan Illahi.. Namun, Jiwa remaja ini memberontak.. diriku dan bakal imamku telah terlalu lama memilih tarikh tersebut.. demi Allah, terlalu lama kami telah sepakat... ya Allah.. bantulah hambaMu yang lemah ini.. teguhkanlah imanku, mantapkanlah akhlakku, ya Allah...

Maafkanlah aku ya Allah... biarlah semuanya berlalu.. pasti ada hikmahnya yang terselindung.. Readers, fizah mohon semua untuk mendoakan yang terbaik untuk fizah... terima kasih semua.. daaa~ salam...

4 comments:

Azmazaira Jamaludin said...

Semoga dipermudahkan, insyaAllah :)

++iezza_fizah++ said...

terima kasih kak azmazaira.. insyaAllah.... :)

aizu's life said...

salam..
hope tabah ngn ujian yg mendatang.. Cpt or lambat, korg tetap akan bersatu. Jodoh kat tangan tuhan, rite?? mgkn de hikmah dsebaliknya..
sy doakan yg terbaek 2 both of u. amin..

++iezza_fizah++ said...

Salam.. thanx, aizu... btol2, jodoh di tangan tuhan.. kita hanya perancang, Allah yang menentukan.. insyaAllah.. amin...