Followers

Friday, April 27, 2012

~Paper bag untuk Goodies Bag~

Salam and Hi readers...

da lama fizah tak update blog.. banyak sangat kekangan sekarang ni.. memang terasa sangat banyak kerja yang perlu disiapkan lebih-lebih lagi menjelang penghujung semester ni... heeee~ sabar je la kan... dugaan,biasa la... tanpa dugaan semua ni, hidup kita pun tak akan jadi matang.. cewahh...

Ok la, fizah tak nak membebel banyak sangat, nak straight to the point.. hari ni nak cerita pasal Goodies Bag... pada mulanya fizah plan nak beli beg plastik yang bercorak-corak tu je.. kononnya macam nak senang dan jimat kos... tapi bila dicongak, dibahagi, didarab segala, rupanya agak 'costing' juga... ohh...TIDAK!!! saya kena 'cut cost'... hehehe...

bagi fizah, macam mana pun bentuk fizikal dan rupa bentuk beg tu, bukanlah perkara yang paling penting.. biar nampak simple tapi ada makna... baru la best... heeee~ bagi fizah, biarlah harganya murah, asalkan kita pandai hias goodies bag tu nampak macam ada 'sentimental value'... tu pun da cukup... heeee~

ok, semalam ada seorang kawan fizah, Zulia yang juga merupakan 'Bride 2 Be' ada share kat mana boleh dapatkan goodie bag yang macam fizah inginkan tu dengan harga yang berpatutan... seronoknya~ tercapai juga impian... alhamdulillah... sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih pada Zulia...

sekarang ni fizah tengah plan macam mana nak design goodies bag tu.. sebabnya goodies bag yang fizah plan nak beli ni adalah 'brown paper bag', macam yang kita dapat bila beli 'waffle' tu... fizah dapat idea ni pun selepas terbaca 1 blog ni.. tapi da terlupa pula blog yang mana satu... nanti fizah jumpa blog tu fizah cuba link kan ye.. heeee~

daripada blog tu, fizah dapat tengok betapa kreatifnya blogger tu.. kiranya memang sesuai sangat idea blogger tersebut untuk fizah praktikkan memandangkan bajet fizah pun tak besar... heeee~ kat bawah ni fizah bagi contoh design pada paper bag tu..

gambar yang pertama ni memang dia ada buat package terus, harga pun berpatutan...sesiapa yang berminat boleh la tengok.. comel pula tu design dia..

ok la, fizah berhenti sampai sini dulu untuk kali ni... lain kali fizah update lagi k... heee~ daaa semua~ Salam~

~picture pinjam daripada sini~

~picture pinjam daripada sini~

5 comments:

Cik Zimie said...

cantik lah paperbag ni.geram tgk hehe.

mrs irmidrza to be said...

cantik...tapi cmner nak print ekk? nway salam kenal dear..miza folo u dear..folo my blog back ya..kita share sal kawen..

++iezza_fizah++ said...

Cik zimie : tu la... fizah rasa macam nak beli trus je... heee~

miza: fizah pun x pernah cbe lg..hehehe... nak kna test dlu,br tau...ok2, fizah flw miza.. :)

nanafiana said...

Salam fizah. awak bakal pengantin juga ke. Majlis nanti buat kat raub ye? Nama saya nana, sy insyaALLAH akan kahwin hujung tahun nh. Saya satu family baru pindah duduk Raub so awak boleh tak suggest butik kahwin yg ok kat raub and package dia camana? Saya tak berapa tahu sbb baru pindah and I found your blog is really helpful. dan masalahnya saya tiada kat malaysia sekarang. bulan 8 baru balik malaysia and lagi 2 bulan dah nak majlis. takut tak sempat nak mencari :(. pls boleh share ngan saya tak if u have any info? kalau awak add fb saya or email saya nanti saya boleh contact awak. email saya nn_fiana@yahoo.com.au.fb's name Nurul Farhana Iberahim. Sy dh subscribe fb awk but tak tau cmne nak contact awk. pls pls wud appreciate ur help. TQVM!

++iezza_fizah++ said...

nana : salam... insyaAllah, sy akan cbe bntu awk.. nanti sy add fb awak ye.. :) wlcm...