Followers

Wednesday, May 2, 2012

~Catering~

~picture pinjam daripada sini~


Salam and hi readers...

syukur alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk menyedut udara yang segar pada hari ini... kali ni fizah nak kongsikan berkenaan katering...

fizah nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada bonda fizah yang sudah bertungkus lumus untuk cari caterer untuk majlis perkahwinan puterinya ni... thanx a lot, mak..

sebenarnya mak fizah dah bertanya beberapa caterer sebelum ni.. ada caterer yang dah di'booking' untuk majlis sehari selepas fizah, jadi mak cik ni tak nak ambil da untuk hari sebelum tu.. penat sangat pula dia nanti.. tak pe la, tak kan nak paksa pula kan...hehe..

seorang lagi mak cik yang mak fizah tanya, dia minta agak mahal daripada caterer lain.. kena fikir banyak kali if nak ambil dia... dah la bajet fizah ciput je.. if kena bayar lebih untuk caterer, boleh pening kepala fikir mana nak cekau duit... hehe..

caterer seterusnya merupakan jiran fizah.. pak cik ni memang ada kedai makan... mak fizah dah bertanya pada dia awal-awal hari tu, tapi dia tak nak sebab katanya pekerja dia tak cukup... agak terkilan juga pada mulanya... huhu...

petang tadi mak fizah telefon, beritahu yang pak cik caterer tu setuju nak ambil tempahan kami.. alhamdulillah... terima kasih pada mak cik jiran sebelah rumah yang telah berjaya memujuk pak cik dan isterinya untuk ambil tempahan kami.. Syukur alhamdulillah...

Yang paling utama, syukur kepada Allah S.W.T yang memudahkan perjalanan penyatuan hati fizah dan bakal suami... Allah akan permudahkan urusan kita dalam menghalalkan perhubungan antara dua insan... insyaAllah.. Amin Ya Rabb...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, keluargaku dan semuanya yang terlibat dalam menuju hari bahagia ini.. aminn~

Sampai sini dulu kali ni, daaa readers~

No comments: