Followers

Friday, April 6, 2012

~Survey part 2~

Salam and hi readers...

sekarang ni fizah berada di kampung halaman... dapat la buat survey sikit-sikit... hari tu da pergi tengok baju pengantin dekat D'Inai Collection kat Raub... bajunya cantik-cantik.... butik ni Zulia yang suruh fizah pergi tengok sebab dia kata baju cantik-cantik...

tapi fizah tak decide lagi sebab fizah rasa fizah kena pergi survey banyak lagi kedai... bila da survey banyak tempat, barulah boleh buat pilihan yang tepat... readers setuju tak? heeeee~

ada dua butik lagi fizah pergi, tapi malangnya orang yang handle tak ada, tak dapat la nak berbincang... tak pe, insyaAllah ada kesempatan fizah pergi... readers doakan fizah sempat pergi survey dalam masa cuti yang masih bersisa ni ye...amin..

okay, tu bab butik pengantin... sekarang ni nak cerita bab homestay pula.. tempat untuk pihak pengantin lelaki & keluarga bertanggak... fizah da bincang dengan mak untuk sewa homestay yang kami selalu pergi tu... mak pun setuju... cukup la untuk future husband fizah & family... luas juga rumah tu... insyaAllah fizah akan contact akak rumah tu untuk buat tempahan.. moga Allah permudahkan urusan fizah.. amin...

setakat ni je dulu kali ni... yang lain-lain masih dalam misi pencarian.. fizah masih mencari-cari idea lain untuk dijadikan doorgift... idea yang fizah bentangkan pada mak, mak tak berapa setuju pula...kena la cari idea lain pula nampak gayanya...heeee~ tak pe, usaha tangga kejayaan... yeay!!!

daaa readers~

No comments: