Followers

Wednesday, May 2, 2012

~Hantaran~

~Ensiklopedia Solat~


Salam and hi readers...


kali ni fizah nak cerita pasal hantaran pula... pening sebenarnya bila memikirkan pasal hantaran ni.. ikut hati banyak sangat barang-barang yang nak dijadikan hantaran.. tapi fizah sedar dengan kemampuan diri sendiri.. bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri... jika terlebih ukur, merana la diri kita nanti.. tak gitu?? hehe...

ok, setakat ni fizah baru beli satu je barang hantaran untuk diberikan kepada bakal imam fizah... readers nak tahu tak apa barang tu?? heeee~ boleh tak nak biarkan rahsia~~ heeeee~ mengada-ngada ye fizah!! da sebut, tak beritahu pula!! heeee~ fizah dah beli senaskah buku iaitu ENSIKLOPEDIA SOLAT.. ada makna tersirat disebalik hantaran ni..

pada pandangan fizah, hantaran ni untuk menjadikan rumah tangga kami dan keluarga kami insan-insan yang mementingkan solat... makna tersiratnya untuk menjadi panduan kepada bakal imam fizah supaya mampu membimbing serta membetulkan kami mendirikan solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna... insyaAllah...

fizah masih memikirkan apa lagi yang patut fizah jadikan hantaran ye?? readers ada cadangan tak? jika readers mempunyai sebarang cadangan, jangan segan-segan untuk share kan dengan fizah ye..

ok lah, sampai sini dulu kali ni... cerita pasal kahwin ni, memang susah nak berhenti.. heeee~ lain kali kita jumpa lagi ye...

Ya Allah, tambahkanlah keimananku, keimanan keluargaku, keimanan seluruh muslimin dan muslimat seluruhnya... Lindungilah kami daripada sebarang perasaan hasad dengki dan fitnah yang boleh melunturkan keimanan kami... Permudahkanlah segala urusan kami... Aminn Ya Rabb...

No comments: