Followers

Wednesday, October 24, 2012

~Final Preparation~

salam and hi readers...

lamanya tak update blog.. terlalu banyak sangat benda yang dibuat, sampai tak sempat nak ngadap blog... sebenarnya tak banyak sangat pun preparation yang dibuat..

meh tgk checklist dulu :

baju nikah & tudung : settle
katering: settle
goodies bag : settle (nak masukkan isi2)
hantaran : weekend ni baru nak deko (with siblings)
baju : in progress
pelamin : tunggu nak pasang
kasut : masih mencari (tapi da ada back-up)
bilik pengantin : tunggu nak deko

kiranya sekarang ni hanya tinggal untuk deko-deko... asalnya fizah nak buat sendiri bunga telur, tapi bakal mak mertua sarankan beli siap, sebab jumpa yang murah dan ada warna tema..hehehe.. jadi da jimat masa.. paper bag pun dapat yang murah, beli siap.. tak jadi nak pakai brown paper, jadual fizah terlalu pack, tak sempat if nak buat sendiri... ish3... hehehe

fizah harap sangat readers doakan majlis fizah berjalan lancar ye... amin.. doakan perkahwinan kami hingga ke syurga... amin... thanx semua..

jika ada kelapangan, fizah update lagi ye.. jika tak sempat, maafkan fizah... :) wasalam

Wednesday, September 12, 2012

Paka

Salam and hi semua...

apa kaba readers? fizah harap readers semua sihat.. fizah sekarang ni berada di Paka... fizah join kursus keusahawan... sebenarnya tak sangka masih ada rezeki.. alhamdulillah...

hari ni baru hari ke-3... walaupun baru je lagi, fizah dah rasa sangat seronok... banyak ilmu yang dicurahkan kepada kami... fizah harap kursus ni dapat membantu kami semua di masa mendatang, insyaAllah..

fizah nak update pasal preparation kahwin, tapi masa belum mengizinkan lagi... jadi, nanti ada kelapangan fizah akan update k...

sampai sini dulu kali ini.. lain kali kita sambung lagi ye.. wasalam...

Wednesday, July 4, 2012

~The End~

Assalammualaikum and hi readers...

da bersawang nampaknya blog ni... maaf sangat-sangat kepada readers yang baca blog fizah ni sebab bila buka je tak ada pun post baru.. fizah terpaksa tumpukan sepenuh perhatian terhadap final exam hingga pertengah bulan Jun yang lalu.. seminggu selepas tu perjuangan diteruskan lagi untuk 3P Course... Alhamdulillah, segalanya telah berakhir... syukur ke hadrat Ilahi...

akhirnya, tamat sudah perjuangan fizah untuk menamatkan pengajian di peringat Ijazah... syukur fizah panjatkan pada Ilahi kerana mempermudahkan segalanya... syukur alhamdulillah... menunggu masa untuk menggenggam segulung ijazah pula... insyaAllah... fizah harap readers semua doakan fizah berkesempatan dan diberikan ruang serta peluang daripada Allah untuk merasai nikmat menerima ijazah...amin...

bersesuaian dengan tajuk entry fizah kali ini, fizah nak hentikan coretan kali ini di sini.. insyaAllah bertemu lagi ~

Monday, May 28, 2012

~Study Week~

Salam and hi readers..

Sekarang ni kat UMP study week da mula.. waaa... macam tak percaya ni adalah study week terakhir sebagai pelajar ijazah.. cepatnya masa berlalu... ya Allah, bantulah hambaMu menghadapi dugaan yang melanda... ya Allah permudahkanlah segalanya..

Fizah harap sangat-sangat boleh bagi yang terbaik untuk final exam ni.. fizah minta semua readers pun doakan fizah ye.. thanx semua..

ok la, sampai sini je coretan fizah kali ni... daaa readers~ salam~

Wednesday, May 16, 2012

~Setahun~

Salam and hi readers...

hari ni 16 Mei, merupakan sambutan hari guru.. tapi bagi Fizah sekeluarga, bukan hanya hari guru yg jatuh pada tarikh ni.. hari ini juga merupakan tarikh arwah abang fizah, iaitu arwah along meninggal dunia.. genap setahun arwah meninggalkan kami semua...

terasa masa terlalu pantas bergerak.. sekejap sangat rasanya, dah masuk setahun... ya Allah, tempatkanlah roh arwah along bersama golongan solihin.. arwah merupakan seorang anak yang taat, abang terbaik, suami yang  mithali & ayah yang baik... amin..

setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Ilahi juga.. semuanya telah tertulis.. Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya... ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan yang beriman & beramal soleh.. amin..

Monday, May 7, 2012

~Alhamdulillah~

Salam and hi readers...

Alhamdulillah.. keluargaku dan keluarga bakal imamku telah mendapat kata sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan kami... inilah yang telah tertulis untuk kami.. kami redha dengan dugaan yang menimpa kami kerana kami yakin ada hikmah yang tersembunyi..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana tarikh telah ditetapkan sekali lagi.. mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar... amin~

Fizah mohon agar readers pun mendoakan majlis fizah berjalan dengan lancar ye.. thanx readers~ sampai sini kali ini... daaaa~ salam~

Sunday, May 6, 2012

~Dugaan Hidup~

Salam and hi readers...

Hari ini 06/05/12, abang sepupuku : Faiz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya.. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...

Betapa hebatnya percaturan kehidupan yang menimpa diri ini.. hari ini diri ini telah mendapat berita bahawa kakak sepupu juga bakal mengadakan majlis perkahwinan pada tarikh yang sama.. Allah Maha Besar... Disebabkan terlalu berrahsia, tinggal 6 bulan lagi, baru kami tahu.. itu pun disebabkan tarikh kami sama...

Maka makcik-makcik. pakcik-pakcik dan keluarga semua telah berbincang.. meminta diri ini untuk menganjak atau mengundurkan tarikh.... begitu besar dugaan hidup ini.. ya Allah, terasa terlalu kerdil diri ini di bumiMu yang luas ini... aku yakin dengan ketentuan Illahi.. Namun, Jiwa remaja ini memberontak.. diriku dan bakal imamku telah terlalu lama memilih tarikh tersebut.. demi Allah, terlalu lama kami telah sepakat... ya Allah.. bantulah hambaMu yang lemah ini.. teguhkanlah imanku, mantapkanlah akhlakku, ya Allah...

Maafkanlah aku ya Allah... biarlah semuanya berlalu.. pasti ada hikmahnya yang terselindung.. Readers, fizah mohon semua untuk mendoakan yang terbaik untuk fizah... terima kasih semua.. daaa~ salam...

Friday, May 4, 2012

~Wedding Cake~

~picture daripada sini~
~picture daripada sini~
~picture daripada sini~
Salam and hi readers...

sedapnya nampak kek kat atas ni kan?? heeee~ suka sangat dengan idea yang simple, tapi sangat kreatif... ok, nak mulakan entry kali ni pula..hehe...beberapa minggu lepas fizah ada tanya pada seseorang yang menjual kek ni.. tengok pada respon pembeli, memang sangat memuaskan.. fizah pun da tanya harga kek pada akak yang menjual tu... harga berpatutan..

tapi masalah yang fizah hadapi adalah nanti takut tak ada orang yang sanggup ambil kek kat rumah akak tu... fizah nampak perkara ni macam satu satu masalah yang agak besar.. nak kek cantik & sedap tu~ maybe bukan rezeki nak merasa untuk wedding... hehehe.. takpe-takpe nanti satu hari fizah akan order pada akak ni... insyaAllah...

hari tu fizah balik raub, berkesempatan untuk singgah di salah satu kedai kek yang agak terkenal kat Malaysia ni.. fizah tak nak nyatakan nama kedainya.. hehe... kek kat sini, mana yang sebiji je, harga berpatutan lagi... tapi bila tengok harga yang bertingkat, WAAAA!!! tak mampu fizah rasa... boleh sewa sepasang baju lelaki & perempuan untuk resepsi... heeee~ nampak gayanya, terpaksalah fizah kuburkan hasrat untuk beli kek kat kedai tu... tak pe la, ukur baju di badan sendiri kan.. hehe..

sekarang ni fizah decide nak pergi tengok kedai kek yang lain pula.. nak tengok harga macam mana... if lagi berpatutan, fizah akan buat tempahan terus... nampak macam awal sangat kan.. enam bulan lagi, tapi kek da tempah.. heeee~ nampak macam terlalu teruja kan?? heeee~

sebenarnya fizah risau sangat if perkara-perkara yang simple ni terlepas pandang.. nanti tengok-tengok da dekat dengan majlis beru nak terhegeh-hegeh... masa tu banyak lagi yang tak siap...tak ke huru hara jadinya... nauzubillah.. jauhkanlah ya Allah.. permudahkanlah segalanya... aminn..

ok lah, fizah minta sangat readers semua doakan segala persiapan berjalan lancar & masjid yang fizah dan bakal imam fizah mahu dirikan ni mampu berdiri utuh hingga ke syurga.. amin~

sampai sini dulu kali ni, lain kali fizah sambung pula... daaa readers~

Wednesday, May 2, 2012

~Bapa~

salam and hi again...

akhir-akhir ni fizah juga sering terkenangkan arwah bapa fizah yang telah meninggalkan fizah selama 14 tahun yang lalu.. pejam celik pejam celik, dah 14 tahun rupanya masa berlalu... cepat sungguh masa berlalu... moga-moga fizah sudah menggunakan masa yang dipinjamkan Allah dengan sebaiknya..

masih teringat saat jasad kaku arwah bapa dibawa masuk ke rumah.... saat itu anak yang berusia 9 tahun itu, meraung-raung... perasaan sedihnya tidak dapat dibendung lagi ketika itu... walaupun saat mula-mula dikhabarkan berita pemergian arwah, hati anak kecil itu seakan tabah.. menahan sebak didadanya.. namun empangan air matanya pecah juga saat terlihat jasad kaku itu... seakan berada dalam mimpi ketika itu.. insan yang paling rapat dengannya telah pergi buat selamanya... bapa yang sangat penyayang sesuai dengan namanya : ABD RAUF, telah pergi buat selamanya...

ya Allah, ampunkalah dosa-dosa arwah bapaku... sesungguhnya diri ini terlalu menyayanginya.. tiada insan yang mampu mengganti tempatnya, Ya Allah.. tempatkanlah arwah bapaku di dalam Syurga FirdausMu, ya Allah... ya Allah, sesungguhnya diri ini tidak mampu melihat jika jasad arwah bapaku dihukum atas kesalahan diri ini ya Allah... terlalu banyak dosa yang telah hambaMu ini lakukan, ampunkanlahku ya Allah...

Mak besama arwah bapa


~Hantaran~

~Ensiklopedia Solat~


Salam and hi readers...


kali ni fizah nak cerita pasal hantaran pula... pening sebenarnya bila memikirkan pasal hantaran ni.. ikut hati banyak sangat barang-barang yang nak dijadikan hantaran.. tapi fizah sedar dengan kemampuan diri sendiri.. bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri... jika terlebih ukur, merana la diri kita nanti.. tak gitu?? hehe...

ok, setakat ni fizah baru beli satu je barang hantaran untuk diberikan kepada bakal imam fizah... readers nak tahu tak apa barang tu?? heeee~ boleh tak nak biarkan rahsia~~ heeeee~ mengada-ngada ye fizah!! da sebut, tak beritahu pula!! heeee~ fizah dah beli senaskah buku iaitu ENSIKLOPEDIA SOLAT.. ada makna tersirat disebalik hantaran ni..

pada pandangan fizah, hantaran ni untuk menjadikan rumah tangga kami dan keluarga kami insan-insan yang mementingkan solat... makna tersiratnya untuk menjadi panduan kepada bakal imam fizah supaya mampu membimbing serta membetulkan kami mendirikan solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna... insyaAllah...

fizah masih memikirkan apa lagi yang patut fizah jadikan hantaran ye?? readers ada cadangan tak? jika readers mempunyai sebarang cadangan, jangan segan-segan untuk share kan dengan fizah ye..

ok lah, sampai sini dulu kali ni... cerita pasal kahwin ni, memang susah nak berhenti.. heeee~ lain kali kita jumpa lagi ye...

Ya Allah, tambahkanlah keimananku, keimanan keluargaku, keimanan seluruh muslimin dan muslimat seluruhnya... Lindungilah kami daripada sebarang perasaan hasad dengki dan fitnah yang boleh melunturkan keimanan kami... Permudahkanlah segala urusan kami... Aminn Ya Rabb...

~Catering~

~picture pinjam daripada sini~


Salam and hi readers...

syukur alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk menyedut udara yang segar pada hari ini... kali ni fizah nak kongsikan berkenaan katering...

fizah nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada bonda fizah yang sudah bertungkus lumus untuk cari caterer untuk majlis perkahwinan puterinya ni... thanx a lot, mak..

sebenarnya mak fizah dah bertanya beberapa caterer sebelum ni.. ada caterer yang dah di'booking' untuk majlis sehari selepas fizah, jadi mak cik ni tak nak ambil da untuk hari sebelum tu.. penat sangat pula dia nanti.. tak pe la, tak kan nak paksa pula kan...hehe..

seorang lagi mak cik yang mak fizah tanya, dia minta agak mahal daripada caterer lain.. kena fikir banyak kali if nak ambil dia... dah la bajet fizah ciput je.. if kena bayar lebih untuk caterer, boleh pening kepala fikir mana nak cekau duit... hehe..

caterer seterusnya merupakan jiran fizah.. pak cik ni memang ada kedai makan... mak fizah dah bertanya pada dia awal-awal hari tu, tapi dia tak nak sebab katanya pekerja dia tak cukup... agak terkilan juga pada mulanya... huhu...

petang tadi mak fizah telefon, beritahu yang pak cik caterer tu setuju nak ambil tempahan kami.. alhamdulillah... terima kasih pada mak cik jiran sebelah rumah yang telah berjaya memujuk pak cik dan isterinya untuk ambil tempahan kami.. Syukur alhamdulillah...

Yang paling utama, syukur kepada Allah S.W.T yang memudahkan perjalanan penyatuan hati fizah dan bakal suami... Allah akan permudahkan urusan kita dalam menghalalkan perhubungan antara dua insan... insyaAllah.. Amin Ya Rabb...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, keluargaku dan semuanya yang terlibat dalam menuju hari bahagia ini.. aminn~

Sampai sini dulu kali ni, daaa readers~

Friday, April 27, 2012

~Paper bag untuk Goodies Bag~

Salam and Hi readers...

da lama fizah tak update blog.. banyak sangat kekangan sekarang ni.. memang terasa sangat banyak kerja yang perlu disiapkan lebih-lebih lagi menjelang penghujung semester ni... heeee~ sabar je la kan... dugaan,biasa la... tanpa dugaan semua ni, hidup kita pun tak akan jadi matang.. cewahh...

Ok la, fizah tak nak membebel banyak sangat, nak straight to the point.. hari ni nak cerita pasal Goodies Bag... pada mulanya fizah plan nak beli beg plastik yang bercorak-corak tu je.. kononnya macam nak senang dan jimat kos... tapi bila dicongak, dibahagi, didarab segala, rupanya agak 'costing' juga... ohh...TIDAK!!! saya kena 'cut cost'... hehehe...

bagi fizah, macam mana pun bentuk fizikal dan rupa bentuk beg tu, bukanlah perkara yang paling penting.. biar nampak simple tapi ada makna... baru la best... heeee~ bagi fizah, biarlah harganya murah, asalkan kita pandai hias goodies bag tu nampak macam ada 'sentimental value'... tu pun da cukup... heeee~

ok, semalam ada seorang kawan fizah, Zulia yang juga merupakan 'Bride 2 Be' ada share kat mana boleh dapatkan goodie bag yang macam fizah inginkan tu dengan harga yang berpatutan... seronoknya~ tercapai juga impian... alhamdulillah... sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih pada Zulia...

sekarang ni fizah tengah plan macam mana nak design goodies bag tu.. sebabnya goodies bag yang fizah plan nak beli ni adalah 'brown paper bag', macam yang kita dapat bila beli 'waffle' tu... fizah dapat idea ni pun selepas terbaca 1 blog ni.. tapi da terlupa pula blog yang mana satu... nanti fizah jumpa blog tu fizah cuba link kan ye.. heeee~

daripada blog tu, fizah dapat tengok betapa kreatifnya blogger tu.. kiranya memang sesuai sangat idea blogger tersebut untuk fizah praktikkan memandangkan bajet fizah pun tak besar... heeee~ kat bawah ni fizah bagi contoh design pada paper bag tu..

gambar yang pertama ni memang dia ada buat package terus, harga pun berpatutan...sesiapa yang berminat boleh la tengok.. comel pula tu design dia..

ok la, fizah berhenti sampai sini dulu untuk kali ni... lain kali fizah update lagi k... heee~ daaa semua~ Salam~

~picture pinjam daripada sini~

~picture pinjam daripada sini~

Sunday, April 8, 2012

~Wedding Preparation Part 2~

Salam and hi readers...

hehehe.... excited sangat bila cite bab kahwin ni... so, kali ni fizah nak share preparation yang da dibuat sepanjang cuti mid term ni... heeeee~

fizah dan mak fizah da pergi kedai perabot hari tu, mula-mula ingat nak survey dulu... TAPI kami terus beli... sebabnya set bilik tidur kat situ murah, harga dari kilang... memang terpaksa beli pun sebab bilik fizah belum ada perabot... disebabkan kami renovate rumah, ada katil yang berjemur berpanas berhujan sampai reput... jadi kena la beli baru.. tak pe, memang keperluan.. so, fizah memang kena cut cost untuk barang-barang lain nanti... heeee~

selain daripada tu, fizah pun da beli langsir mengikut tema yang dipilih, ni pun ada offer... memang best la bila beli barang yang ada offer ni.. macam tau-tau je kita nak jimat cost.. hihihi... kat situ juga fizah jumpa cadar yang memang berkenan di hati dengan harga yang masih mengikut bajet perbelanjaan...

rasa macam agak lega sebab benda yang besar-besar macam ni da settle... yeay!!! lepas ni boleh fokus kat benda-benda lain pula... yahooo!!! nampak sangat tak sabarnya kan... ish3... apa nak jadi ni hafizah... behave behave~ heeeee~ perasaan macam ni hanya bride & groom to be je yang faham sebenarnya... excited terlebih.... kan3?? heeee~ siapa setuju angkat tangan dan kaki... opppsssss terlebih sudah.... lalala~

ok la, tu je la untuk kali ni... nanti ada update lagi, fizah cerita lagi ye... tinggal 7 bulan lagi~ ya Allah panjangkanlah jodoh Nor Hafizah & Mohd Azaqusyairi hingga ke syurga... Permudahkanlah urusan penyatuan hati Nor Hafizah & Mohd Azaqusyairi...aminn~

Friday, April 6, 2012

~Survey part 2~

Salam and hi readers...

sekarang ni fizah berada di kampung halaman... dapat la buat survey sikit-sikit... hari tu da pergi tengok baju pengantin dekat D'Inai Collection kat Raub... bajunya cantik-cantik.... butik ni Zulia yang suruh fizah pergi tengok sebab dia kata baju cantik-cantik...

tapi fizah tak decide lagi sebab fizah rasa fizah kena pergi survey banyak lagi kedai... bila da survey banyak tempat, barulah boleh buat pilihan yang tepat... readers setuju tak? heeeee~

ada dua butik lagi fizah pergi, tapi malangnya orang yang handle tak ada, tak dapat la nak berbincang... tak pe, insyaAllah ada kesempatan fizah pergi... readers doakan fizah sempat pergi survey dalam masa cuti yang masih bersisa ni ye...amin..

okay, tu bab butik pengantin... sekarang ni nak cerita bab homestay pula.. tempat untuk pihak pengantin lelaki & keluarga bertanggak... fizah da bincang dengan mak untuk sewa homestay yang kami selalu pergi tu... mak pun setuju... cukup la untuk future husband fizah & family... luas juga rumah tu... insyaAllah fizah akan contact akak rumah tu untuk buat tempahan.. moga Allah permudahkan urusan fizah.. amin...

setakat ni je dulu kali ni... yang lain-lain masih dalam misi pencarian.. fizah masih mencari-cari idea lain untuk dijadikan doorgift... idea yang fizah bentangkan pada mak, mak tak berapa setuju pula...kena la cari idea lain pula nampak gayanya...heeee~ tak pe, usaha tangga kejayaan... yeay!!!

daaa readers~

Thursday, March 29, 2012

~Survey~

Salam and hi readers...

Fizah nak share...sekarang tengah busy sangat... hehehe... bukan setakat kerja yang menimbun... ditambah pula dengan semangat yang membara untuk buat survey berkenaan perkahwinan... excited kot...sempat lagi curi-curi masa buat survey... hafizah... hafizah... hehehe

dalam waktu sekarang ni, bila buat survey tu... banyak betul benda yang menarik perhatian.. tak tahu nak pilih yang mana satu... rambang mata dibuatnya.... heeee~ kadang-kadang macam kelakar pun ada.. mana tak nya, mula-mula dah berkenan dengan satu doorgift ni, bila teruskan lagi survey, tiba-tiba berkenaan pula kat yang baru tu... akhir sekali x tahu nak decide yang mana satu... rasa macam nak beli semua je... tamak betul bunyinya kan... mana boleh beli semua...nanti duit habis kat situ je pula..heeeee~

fizah kena buat perbincangan dengan family dulu sebelum buat pilihan... minta pendapat mereka... bagi fizah itulah yang terbaik... takut-takut pilihan yang fizah buat sendiri tak begitu sesuai ke apa ke kan...hehehe....

rasanya sampai sini je update untuk kali ni...lain kali update lagi ye... masih ada tanggungjawab sebagai mahasiswi yang harus dibereskan... daaaa readers.... :)

Monday, March 19, 2012

~Wedding Preparation Part 1~

salam and hi readers... lamanya fizah tak buat coretan kat sini... hari tu ada mood nak update, internet pula buat hal... heeee~

macam tajuk post ni, fizah nak cerita pasal preparation untuk wedding fizah nanti... sekarang ni fizah dok mencari-cari pakej-pakej yang menarik dengan harga berpatutan.. kena la save duit kan, jika melebih-lebih sangat spend duit untuk majlis, takut nanti lepas kahwin da tak ada duit pula... tak ke naya macam tu... padahal kehidupan selepas kahwin lebih memerlukan banyak duit berbanding majlis perkahwinan itu sendiri... ini pendapat peribadi fizah...

fizah tak nafikan kepada siapa-siapa yang mengatakan biar la majlis tu grand, kahwin kan sekali seumur hidup... memang best if dapat buat majlis grand... nak meraikan pengantin baru... tapi bagi orang macam fizah ni, hidup secara sederhana.. majlis pun nak sederhana je... asalkan ada majlis sudah... bak kata orang, ukur baju di badan sendiri... ikut kemampuan diri kita sudah la... betul tak?? heeeeee~

dua minggu lepas fizah dah pergi tempah kad kahwin...da bagi design yang kita nak... tapi bulan 6 nanti baru dapat feed back... ramai orang cakap kenapa awal sangat tempah kad? bagi fizah, mana benda yang boleh buat dulu, lebih balik kita buat dulu... sebab nanti majlis da dekat, tengok-tengok kad tak ada lagi...tak ke naya macam tu... (banyak pula pakai perkataan ni hari ni..hehehe)...

photographer pun da ada.... fizah da maklumkan pada abang sepupu fizah untuk jadi photographer masa majlis fizah nanti... senang sikit berurusan dengan keluarga sendiri.. dapat juga membantu saudara sendiri.tak gitu?? heeeee~

khemah, meja dan kerusi pun mak fizah dah tempah siap-siap...takut nanti orang lain da booking, kita terpaksa minta jemputan makan bersila ramai-ramai pula nanti if tak dapat kerusi dan meja... kesian pula bagi mereka yang tak boleh duduk bersila lama-lama.. heeeee~

fizah still survey mana-mana barang yang harganya berpatutan yang boleh dijadikan hantaran.... any idea readers? siapa-siapa yang ada idea tu boleh la share dengan fizah... jangan segan-segan untuk tinggalkan komen.... thanx readers.. :)

Monday, February 27, 2012

~counting the day~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, February 12, 2012

~Final Year, Final Sem~

Salam and hi readers...

Lamanya Fizah tak update blog...dah balik rumah,mmg jarang la online...lagi-lagi cuti pun pendek kan...

Esok bermula la semester terakhir sebagai pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia... sangat tak sangka Fizah dah   final sem... minta semua readers doakan kejayaan Fizah k... Final sem ni semestinya tugasan makin berat walaupun subject da tak banyak... cabaran besar pasti mendatang...

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini meringangkan bebanannya.. aamin..

ok lah, sampai sini saja kali ini..lain kali insyaAllah bertemu lagi ye.. :)

Tuesday, January 17, 2012

~FYP terchenta~

salam and hi readers...

petang tadi fizah da present FYP... memang sangat best kena hentam... panel tak puas ati dengan title FYP fizah... tak pe la, yang penting fizah jawab semua soalan yang diajukan... yeay!!!! puas ati...

so, malam ni mahu siapkan thesis kesayangan pula... confirm amik masa yang lama... doakan fizah dapat buat yang terbaik ye... thanx readers... saaayaaaang korang.. =)

~Presentation~

Salam and hi again...

Its only 7 and half hours left.. waaa... fizah still mencari-cari info untuk ditambah di dalam slide (bajet boleh bagi yang paling gempak la..heee~)

Readers, please pray for me... moga semuanya berjalan dengan sangat lancar... most important thing, hopefully i understand all the questions from panel (panel saya foreigner.. takot saya tak faham slang diorang... help me..)... insyaAllah... Im giving my very best... =)

~Takziah~

salam and hi readers..

just wanna share something that make me couldnt sleep well last night... keep on thinking bout it...adik kepada salah seorang kawan fizah telah meninggal dunia, 12 Januari yang lalu.. fizah baru tahu awal pagi tadi.. Pojie, takziah atas permergiaannya... semoga rohnya di tempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.. amin.. moga Allah memberi petunjuk dan merungkai segala yang masih belum nyata, amin...

Kita tak tahu bila ajal akan datang menjemput kita.. She's younger than me... al-Fatihah untuk arwah..

P/s: teringat arwah bapa, arwah along & arwah abang teh... Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa mereka... Aku terlalu menyayangi mereka...

Monday, January 16, 2012

~Rajin~

Nak jadi rajin macam dak kecik ni.. heeeee~
Salam and hi again..

Sampai dua post dalam beberapa minit... pecah record peribadi da ni (bila pula fizah ada wat record tulis blog) heeeee~

entry fizah kali ni rajin.. which means fizah need to be rajin today... (aik..today je ke?? ) hari-hari lain pun kena rajin juga, but hari ini la yang paling perlu.. sebabnya :

1. Esok petang present Final Year Project (F.Y.P)
2. Slide still need to be edited... (Luckly I already have the list to edit it.. yeay!!!)
3. I need to practice to make sure the presentation lancar.. (Ya Allah, makbulkanlah doa hambaMu ini..amin..)

okay la, hope readers doakan fizah ye..thanx readers... saayaaaaang korang...

~Header~

salam and hi readers...

Fizah nak minta maaf if ada readers yang rasa terganggu dengan header blog yang terlalu besar saiz nya.. baru je edit.. tak perasan pula terlalu besar.. nak tukar yang lain, da penat-penat buat... tak kan nak tukar.. =(

Fizah bagi header tu chance duk dalam blog ni for a few weeks ye... heeeee~

P/s: sorry sangat if ada readers yang rasa tak selesa..

Sunday, January 15, 2012

~Falling In Love~

~Picture borrowed from here~
salam and hi readers...

How are u?hope semua readers sihat walafiat..Fizah alhamdulillah sihat... =) macam tajuk entry kat atas.. Fizah nak tanya readers, korang pernah tak fall in love?? ada readers yang dah tersenyum-senyum nampaknya.. heeee~

Boleh tak readers kongsikan dengan Fizah, macam mana readers boleh fall in love dengan seseorang tu? Rupa? Sikap? Harta? or apa-apa je la yang membuatkan korang fall in love... sudi-sudi la share ye.. thanx... =)

Bagi Fizah, nak fall in love ni senang sangat... Sebab apa fizah tulis camtu, sebab bagi fizah, bila someone tu caring lebih je, hati wanita ni pun akan mula berkata-kata "caringnya dia tu...best nya.." something macam tu la... but, please wanita-wanita, gadis-gadis sekalian, jangan terlalu cepat untuk fall in love.. kita kena lebih berwaspada lagi-lagi di zaman yang serba canggih ni...

So, pesanan fizah : before fall in love, make sure readers know about him very well... his background, behaviour & etc..

tu je untuk kali ini, (Readers lelaki, maaf lah ye if ada yang terasa... fizah hanya maksudkan pada siapa yang makan cili, sebab insan tu yang akan rasa pedasnya...heeee~)

Friday, January 13, 2012

~PSM~

Salam and hi readers...

Waaa..lamanya Fizah tak post entry... maaf sangat... terlalu banyak kekangan yang terpaksa diberi lebih keutamaan... Final Exam dah selesai semalam...

Harini dok sibuk siapkan technical report untuk PSM... Supervisor minta hantar harini juga.. dengan masa yang sangat singkat, akhirnya berjaya juga siapkan... Terima kasih banyak-banyak Fizah ucapkan kepada Husna as my partner... Sebab technical report tu kami berdua kena combine jadikan satu.. If Una tak de, memang tak siap la jawabnya.... thanx so much, buddy... =)

Okay la, ada lagi perkara-perkara yang perlu diselesaikan... hope readers doakan fizah dapat siapkan dengan cepat... thanx readers.. saaayaaaannngggg korang.... =)