Followers

Thursday, December 29, 2011

~Study Week & Papa I Love U~

~Picture pinjam daripada sini~
Salam & hi readers...

Hari ni da masuk hari Khamis, hari ni tayangan movie Papa, I Love U bermula.... nak tengok!!! (Study pun tak abis lagi, berangan nak g tengok movie... Memang tak dapat la kan)...

Kat sini Fizah nak wish kepada semua students IPTA : Study rajin-rajin ye semua... All the best for your final.. =)

Sekarang Fizah masih cuba menyiapkan PSM yang masih tersangkut.. (Ada tak siapa-siapa yang baik hati nak tolong Fizah?? Heeeee~)

Fizah minta sangat readers doakan Fizah mampu siapkan semuanya on time... thanx semua... sayaaaaangggg korang... =)

Wednesday, December 28, 2011

~Dinner Attire~

Salam & hi readers...

27 December which is semalam... Seketariat Mahasiswa Anak-anak Pahang a.k.a SeMAMPAN telah mengadakan Majlis Makan Malam SeMAMPAN... Dinner ni diadakan di Hotel Vistana.. Tema Dinner : Hitam, Putih & Oren... Disebabkan baju oren Fizah tinggalkan kat umah, tak ada la baju yang mengikut tema...

Satu hari tu, online FB, terjumpa satu FB ni jual skirt, harga murah + delivery charge=free + delivery pun tak lama... Fizah terus decide untuk beli.... okay la kan... tak pernah pun lagi beli skirt pattern kembang-kembang tu... heeee~

Baju pulak, Fizah minta jasa baik kakak Fizah untuk pinjamkan baju dia yang ada kaitan dengan tema... Nasib baik la memang dia ada baju yang mengikut tema... Apalagi, terus try and pinjam.. heeeee~ Petang before Dinner, jalan-jalan kat First Lady, cari-cari juga kot-kot ada baju yang berkenan... Ada jumpa satu, but macam tak akan pakai lagi je untuk event lain, terus tak jadi beli... hahaha...

Monday, December 26, 2011

~Final Exam~

Salam n hi readers..

Seminggu je lg Final exam start... PSM pun banyak lagi nak kena tambah... Journal pun tak siap lagi... Ada tak siapa-siapa yang nak tolong Fizah? heeeeee~

Sem 7 ni Fizah ada 3 paper Final...  Jom tengok jadual Fizah:

3rd Jan : Polymer Technology
4th Jan: Operation & Project Management
12th Jan: Chemical Reaction Engineering 1

Jom study... (Eh.. kena siapkan kerja dulu la... Pastu baru boleh study.. Tapi sekarang ni jom keluar pergi makan... )

~Kahwin Muda~

~Picture pinjam daripada sini~
Salam n hi readers...

Waaahhhh! title entry da sangat gempak... Fizah nak tanya pendapat readers tentang kahwin muda? Tengok pada sekeliling kita sekarang ni, kahwin muda ni bukan lagi perkara pelik jika nak dibandingkan dalam 5 tahun yang terdahulu...

kawan-kawan Fizah pun da ramai yang berkahwin walaupun baru berusia 22 tahun... di kesempatan ini nak ucapkan tahniah kepada geng PLKN Fizah : Mimi Muamira kerana di atas Majlis Resepsi pada 24 December lalu.. (Maaf ye Mimi Fizah tak dapat nak attend... insyaAllah ada kesempatan, Fizah jalan-jalan ke Kuala Terengganu...)

Fizah nak tanya readers lagi, (banyak pula soalan Fizah hari ni..heee~) Ada tak readers yang nak kahwin muda? Mesti ada kan... Even Fizah pun rasa macam tu.. Bila kita da jumpa dengan insan yang boleh menerima kita seadanya... Bukan senang kan nak jumpa insan macam ni? Fizah yakin dengan takdir yang telah Alah aturkan untuk Fizah... Fizah harap sangat readers doakan jodoh Fizah bersama Aza dipercepatkan & berpanjangan... Aamin...

Perancangan memang dah ada, insyaAllah jika tiada aral melintang, ada la tu.... Kami hanya merancang, Allah juga yang menentukan... Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar... aamin... =)


Saturday, December 24, 2011

~Masa~

~Picture pinjam daripada sini~
Salam and hi readers..

Malam ni banyak pula yang Fizah nak share dengan readers.. Fizah nak share langkah untuk mengelak kita daripada bazirkan masa... Langkah-langkah ni Fizah ambil daripada Majalah Solusi Isu No. 38.. Jom kita sama-sama baca :

1. Jika tidak berbaloi, jangan lakukan..
2. Jangan mengalah terlalu awal..
3. Tahu bila perlu berhenti..
4. Alah membeli, menang memakai..
5. Buatlah keputusan dengan cepat & tajam...

Dengan langkah-langkah ni, insyaAllah kita boleh elak daripada bazirkan masa... Kepada readers yang nak tahu maklumat lanjut tentang langkah-langkah di atas, readers boleh la dapatkan Majalah Solusi ni ye... =)

~1M Money Drop~

~Picture pinjam daripada sini~
Salam n hi readers...

Pertama kali Fizah tengok program ni.. selama ni dengar je nama program ni... tengok peserta dia memang stres la.. lagi-lagi bila Ac Mizal sebut 'Where the money drop?'.. Fizah yang bukan peserta ni pun berdebar-debar... Peserta-peserta tu mesti super berdebar-debar... Anyway, all the best Fizah ucapkan kepada semua peserta.. Nanti korang menang, bagi la sikit duit tu kat Fizah ea.. Boleh nak buat belanja... heeee~

~Master Chef~

~Picture pinjam daripada sini~

Salam and hi readers...

Da lama sangat tak tengok Master Chef... Hari ini Fizah dapat tengok Master Chef kat Astro Ria... Sedapnya masakan diorang masak ni.. Nak try buat la... Jom tolong Fizah masak esok... heeeeee~

So, Fizah nak cari resipi master chef ni.. Jom!!!

Thursday, December 22, 2011

~Majlis Penghargaan~

Salam and hi readers...

Malam ni tadi ada majlis penghargaan untuk pengetua kolej kediaman 1(KK1) : En Nafis... Kami adakan majlis ni sebagai tanda megenang budi beliau selama berkhidmat menjadi pengetua KK1... Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam mengendalikan program dan juga bagaimana menjadikan organisasi kami teratur.. terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kepada En Nafis..

Selamat maju jaya juga diucapkan kepada En Nafis.. Moga kepulangan En Nafis ke UMP dari UK nanti akan memberi lebih banyak input-input yang berfaedah & dapat dikongsikan dengan warga KK1 yang baru... insyaAllah...

sekian

~Moh Berpuisi~

Salam n hi readers..

FYI, petang tadi Fizah jadi bidan terjun (bukan bidan sambut kelahiran tu tau).. heeee~ My URP Supervisor: Mr Azizan Ramli, minta tlg untuk wakilkan beliau deklamasikan puisi + ambilkan hadiah... Congrats sir menang tempat ke-3.. Tak sangka sir berbakat menulis puisi.. :)

Setelah diumumkan menang, penulis puisi @ wakil perlu mendeklamasikan puisi tersebut.... So, Fizah pun mendeklamasikan la puisi yang ditulis oleh Sir Azizan... Rasa macam terlebih semangat pulak masa tu... heeee~ Da lama sangat tak involve dengan stuff yang macam ni, so masa kat mic tadi kaki da ketar-ketar macam apa dah.. hahaha... Later Fizah upload picture ea... Sebab picture dalam hp Fizah tak berapa jelas, tunggu orang-orang lain uploadkan dulu kat FB... heeeee~

Wednesday, December 21, 2011

~Alhamdulillah~

Salam and hi readers...

~Picture pinjam daripada sini~
Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah kerana telah membuatkan presentation PD kami berjalan dengan sangat lancar... :) Harap-harap saya dapat markah tinggi... Aamin...

Tadi Fizah pergi jumpa lecturer CRE 1 : Dr Mohd Sabri... Nak tanya soalan yang Fizah tak faham... Then, Fizah tanya pasal markah test 1 dulu, sebab Fizah jawab test lambat daripada orang lain (Fizah MC hari test tu..) Alhamdulillah... markah tu tak mengecewakan Fizah... Hopefully test 2 ni pun Fizah boleh focus dan buat betul-betul... InsyaAllah... Readers doakan kejayaan Fizah ye... Thanx... Sayaaaanggg korang... Heeee~

Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.... Tunjukkanlah jalan yang lurus kerana hamba-Mu ini... Aamin... Daaaaa readers.... Jumpa entry lain kali, insyaAllah... :)

~to do list~

Salam & Hi readers...

Fizah nak share to do list untuk sepanjang hari ini :

1. Siapkan CRE
2. Meet lecturer (PSM calculation matter)
3. Liminate PD Poster for presentation
4. Tampal Poster dekat Fakulti
5. PD presentation
6. OPM presentation slide
7. OPM report


Wow!!! Bila dah listkan.... banyak la pula... Duhai hati, tabahlah!!! Fighting!!! Readers, please pray 4 me... :)

~Picture pinjam daripada sini~
Fizah pun jadi motivated bila da buat to do list ni.. lebih organize nak buat kerja.. Hope readers pun sama-sama motivated macam Fizah ea.. heeeee~ :)

Tuesday, December 20, 2011

~Busy~

~Picture pinjam daripada sini~
Salam and hi readers...

For your information, Minggu yang sangat busy telah bertandang ke kehidupan Fizah...Minggu ni la yang paling cramp untuk kebanyakkan student especially final year students...

~Picture pinjam daripaa sini~

Rasa macam nak menjerit je... But, if I do it, I might disturb others and may be ada yang akan marah-marah manja pulak... Heeeeee~ I still can control myself... lalalala~

Hope Allah will bless my friends and I for our Plant Design 1 Presentation tomorrow.. Allah, please help us... May our presentation success... Aamin... :)

Ok, need to continue some works... Daaaaaa guys.... :)

Sunday, December 18, 2011

~Solehah~

Salam & Hi readers...

Sekarang ni Fizah sedang mendengar lagu nasyid yang bertajuk isteri solehah.... Saya sangat ingin menjadi seorang isteri yang solehah buat bakal suami saya, insyaAllah... seterusnya menjadi umi yang solehah kepada bakal-bakal zuriat yang Allah kurniakan, insyaAllah.... ya Allah, makbulkanlah doa hamba-Mu ini... Aamin...

Moga Keluarga impian ini menjadi milik bersama... Aamin...

~Picture pinjam daripada sini~

Saturday, December 17, 2011

~Hakikat Persiapan Perkahwinan~


~Picture pinjam daripada sini~

Salam & Hi readers... 
Kali ni Fizah nak share artikel yang telah ditulis oleh Zulakmar Hazwan Pada 3 Oktober 2011, walaupun penulis lebih cenderung menceritakan tentang bakal pengantin lelaki, tapi tu tak menjadi masalah.. ilmu ni boleh dikongsi oleh semua... Jom baca :  
"Saya merasakan kita perlu wujudkan post mortem dengan apa kita lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, kita perlu mengelak dari menjadi kebiasaan diri kita yang selalunya mencari alasan untuk membenarkan cara, walhal kita perlu mencari kebenaran untuk mengetahui cara.

Di musim perkahwinan yang lalu, rata-rata seronok sekali berkenduri kendara dengan pelbagai tema dan mengharungi pelbagai rintangan dalam persiapan. Rata-rata majalah dan ceramah agama menyentuh aspek larangan dalam kebiasaan menganjurkan walimatulurus seperti pakaian, kelalaian masa, pertembungan antara budaya dan agama, dan pembaziran wang. Namun, aspek persiapan dicanang-canang seawal 3 hingga 4 bulan, sehingga dianjurkan Wedding Festival dan Pameran Kerja Kahwin.
Secara umumnya, kita melihat bahawa kaum hawa lebih fokus dan komited dalam melakukan persiapan perkahwinan, dari persiapan jemputan, ketibaan, hiburan, bersanding dan makan beradap serta fotografi. Di pihak lelaki, rata-rata kita menyaksikan lelaki lebih cenderung bersiap sedia menghadapi saat akad nikah. Terutamanya berkenaan soalan-soalan cepu emas.
Tidak terlepas pandang, dikalangan lelaki yang mempersiapkan diri untuk malam pertama. Baju bersanding, keadaan dewan, jemputan dan berbagai lagi kebiasaannya menjadi pak turut sahaja. Kerenah manusia, ada juga lelaki begitu cerewet berkenaan persediaan begitu, kadang lebih cerewet dari perempuan pula.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, sekali pandang telah mula nampak kesedaran di kalangan bakal pengantin kerana ada mula membuat persiapan yang hakiki, persiapan untuk menjadi seorang pemimpin keluarga, pendidik keluarga dan seorang yang melengkapi imannya.
Begitulah perkahwinan yang mengubah dengan mengangkat martabat seseorang. Alangkah ruginya jika kita tiada kesedaran ini dan beranggapan bahawa perkahwinan adalah semata-mata untuk berumah tangga dan untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Menyedari hakikat perkahwinan ini mengangkat martabat seseorang, maka persiapan perlu dibuat. Bagaikan kita akan ditabal menjadi seorang raja. Kita tidak mahu menjadi seorang raja yang bodoh dan dibonekakan. Oleh itu, ilmu itu perlu.
Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dantasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan.
Jika kamu pembaca ini adalah seorang wanita, mintalah dia bawa kamu atau dia menghadiri kuliah-kuliah agama atau kelas pengajian dewasa di masjid-masjid berdekatan. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit, akan membawa keberkatan dan ilmu itu datang kepada kita tanpa kita duga.
Ilmu berumahtangga, terutamanya kaedah-kaedah menghadapi konflik juga penting. Perkahwinan akan menggabungkan 2 keluarga dan seorang suami itu mengetuai jalingan antara dua keluarga ini. Tidak semudah dijangka, konflik dalaman yakni di dalam rumah kita sendiri juga boleh berlaku. Memadai jika bersenang-senang membaca buku-buku motivasi dan hadir ke perbincangan mengenai isu ini.
Ilmu ekonomi rumahtangga antara yang penting dan memainkan peranan besar dalam mengemudi kapal perkahwinan. Sebagai seorang ketua, kita menetapkan bajet dan memastikan anak-anak dan isteri berada dalam keadaan terbaik dalam mencari hala tuju masa hadapan mereka. Buatlah bajet untuk perbelanjaan harian, perbelanjaan ke arah ibadah, zakat dan nafkah.
Ilmu terakhir adalah ilmu menghadapi masalah. Meskipun kita miliki ilmu berumahtangga, ekonomi dan agama sekalipun tetapi kita kurang arif dalam menghadapi masalah, kemungkinan besar kita akan terjerumus ke dalam permasalahan yang lebih besar. Sabar dan bertolak ansur serta menyiasat sebelum bertindak antara kaedah-kaedah dalam menghadapi masalah.
Suka saya menyingkap kata-kata Imam Al-Ghazali, "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang", yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya.Carilah ilmu yang bermanfaat.
Dahulunya kita mampu memperlajari ilmu-ilmu di universiti, melepasi segala peperiksaan dan menggenggam ijazah, tidak mustahil untuk kita mempelajari ilmu agama pula. Yang penting, langkah pertama! Mencari ilmu tidak kenal usia, apa dimalukan untuk belajar meskipun usia sudah lanjut, sedangkan doktor-doktor falsafah umurnya menjangkau 40-50an masih belajar mencari PhD?
Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak. Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan. Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang."

PSM + PD + Presentations + TEST

Salam & Hi readers...

Just nak bagitau : 
~Picture pinjam daripada sini~
Ucapan ni untuk semua readers (especially rakan-rakan final year 4BKC) untuk minggu yang bakal mendatang ni.. Semua orang semakin busy dengan PSM (draft thesis submission), PD (presentation), Lab (Presentation & test), Polymer Technology (Test), CRE 1(presentation & Test)... Wow!!! Berderet-deret tugasan menanti... ALL THE BEST~

~Stress & Self Management Workshop~

~Picture pinjam daripada sini~
Hi readers...

Hari ni Fizah nak cite pasal workshop yang Fizah attend petang td.. Workshop ni anjuran Exco Kaunseling PEKA 1... Actually workshop ni start daripada pagi lagi, but Fizah headache pagi td, so, tak dapat la attend pagi td... Fizah just attend petang tadi je... Seriously, memang sangat-sangat best!!! (Tak tipu tau!!) Motivator nya bernama Dr Kamarulzzaman Ahmad...

Meh nak share sikit pengisian yang Fizah dapat dalam workshop ni :

Readers, before Fizah nak share ni, nak tanya korang dulu, bila korang stress, apa yang korang buat? Tidur?Makan?Mandi?Jogging?Outing?

Okay, untuk pengetahuan korang, contoh-contoh yang Fizah bagi sebelum ni hanyalah possible solution. So, sebenarnya, bila korang stress, korang kena kenalpasti dulu punca stress tu... Selepas tu, korang kena cari solution tu... k, macam tak berapa nampak kan bila cakap camni..

Let me give u an example : Contohnya : Lambat pergi kelas. Puncanya apa? Puncanya : Tidur lambat... Okay, Kenapa tidur lambat? Sebab main game, facebooking, buat assignment & etc.. So, apa yang kita perlu buat untuk elakkan tidur lambat? Jangan main game sampai lewat malam, jangan facebooking lama-lama, jangan buat assignment lewat... So, kita dapat elakkan stress dengan kenalpasti punca tadi kan... Ni hanya contoh, untuk punca yang readers ada, readers try solve kan, okay?

One more thing, untuk pengetahuan korang, jika kita terus amik tindakan contohnya tidur bila stress, kita tak menyelesaikan stress tu pun... Kita mungkin menambah lagi stress tu... Sebab tu sangat-sangat penting untuk kita identify dulu puncanya.. So, lets identify punca stress kita... =)

Friday, December 16, 2011

~Ex~

Salam readers..
~Picture ni pinjam dari blog orang Itali ni~

Ok, entry kali ni Fizah nak tanya pendapat & action readers bila ex korang contact korang balik via sms, call, email & etc... Sila respon dengan seikhlasnya... Heeeeee~

Bagi Fizah pula bergantung pada situasi, contohnya :

Situasi 1 :
If ex Fizah tu masih berharap & menunggu... Fizah memang tak akan respon.. Bak kata pepatah, barang yang lepas, jangan dikenang... Kita da buka buku baru, jangan la gatal-gatal tangan nak buka balik buku yang da tertutup & diseal tu... Nanti buruk padahnya.. Ingat tau... =)

Situasi 2:
If ex Fizah tu memang dah tak ada menyimpan apa-apa perasaan (benci, dendam, suka, sayang & mana-mana yang seangkatan dengannya)... Memang niat dia ni hanya nak teruskan persahabatan... Jadi kawan semata-mata... Fizah dengan berbesar hatinya akan menjadi kawan dia... No problem bak kata orang putih... (eh orang putih je ke yang guna, orang Melayu pun guna apa... Heeeee~)...

Sebabnya bagi Fizah, tak semestinya bila kata dah jadi ex means kita dah tak boleh jadi kawan langsung... Bukan semua orang fikir macam tu... Manusia ni ada macam-macam jenis... Lain orang, lain pendapatnya... Jadi, siapa-siapa yang tak setuju dengan pendapat Fizah ni... Korang boleh nak cakap apa-apa je... Sebab ni hanya pendapat peribadi Fizah... Heeeee~

Life must go on~

~Cinta Muka Buku~

~Picture pinjam daripada sini~
Hye readers...


Entry kali ni Fizah nak cite pasal Cinta Muka Buku (CMB) (pandai-pandai je wat akronim ek.. hehehe~) Ada sedikit similarity with our love story.. ceeewah.. Padahal sikit sangat persamaannya tu... Nak jugak bagitau kan... Hahaha... So, korang layan la dulu lirik lagu ni ea... Sambungan cerita cinta next time pula (if ada kelapangan & keizinan Allah... )... Heeeee~


~Lirik pinjam daripada sini~


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Tuesday, December 13, 2011

~Bowling~

Salam..

Hi all readers... Disebabkan Fizah sangat suka main bowling.. So, kali ni Fizah nak story pasal bowling... Untuk pengetahuan readers, Fizah sebenarnya da lama sangat minat tengok orang main bowling... Tapi baru pertama kali main masa study dekat matrix dulu... (If tak silap la... heeeee~)

Fizah ni bukan la seorang expert, jadi Fizah review la daripada orang yang lebih pakar... Heeee~

So, tips yang Fizah nak bagi ni Fizah da translate dalam Bahasa Melayu dan mengikut ayat sendiri.... Heeeee~

Jika korang merupakan orang yang baru nak belajar main boling ni dan korang juga mahu lebih mahir dalam game ni.. Korang kena ikut tips yang berikut :

~Picture pinjam dari sini~
1. Korang kena pastikan korang pakai saiz kasut yang betul.

2. Korang kena pastikan bola boling yang korang gunakan sedang-sedang elok (tak terlalu berat dan tak terlalu ringan) ... SEBABNYA, bola ni sangat-sangat la penting untuk memastikan korang dapat keseimbangan yang betul...

3.Tip yang berikutnya ialah korang kena menggunakan 5 langkah semasa korang nak baling bola tu (daripada tempat ambil bola hingga ke lane)

4. Korang kena rajin belatih.. Belatih dan teruskan belatih... =)
~Picture ambil dari sini~

5. Untuk permulaan, korang buat la balingan bola lurus dulu... Lepas korang dah lebih mahir, boleh la korang mula buat balingan bola spin (Fizah pun tak pernah cuba lagi... Belum berani lagi... )... Korang biasakan aim pada pin ke-7 dan pin ke-10 selagi korang boleh, supaya korang boleh dapat balingan spares if korang tak dapat balingan strikes..
~Picture ambil dari sini~

6. Seterusnya, korang kena belatih untuk buat balingan pantas supaya bola tu akan bergerak perlahan-lahan daripada tangan korang dan melalui lane tanpa menghentak lantai lane.. Korang JANGAN SEKALI_KALI CAMPAK BOLA BOLING masa buat balingan... Korang kena lepaskan bola tu dengan perlahan (dengan penuh sopan-santun) semasa membuat balingan ke lane... 
Ok la, tu je tips untuk kali ini.. ~Tips dapat dari sini~

~Sabar~

Salam.. Hi all...

Fizah tak mo cite panjang-panjang... Biar kali ni gambar-gambar yang bercerita (eh...boleh ke diorang=gambar-gambar bercerita??heeeee~)

~Picture ini diambil dari sini~

Please bersabar bila dugaan datang melanda... Dugaan tu sebenarnya mampu kuatkan diri kita.. Percaya yang Allah tak akan menduga hamba-hambaNya melebihi kemampuan mereka... =)

~Picture ini diambil dari sini~


 Dalam Setiap apa yang kita lakukan... Kita kena tanam dalam diri kita untuk sentiasa bersabar (walaupun Fizah sendriri pun kadang-kadang tak reti nak bersabar... Im still trying my best... Please pray for Fizah and untuk all readers jugak... =) )
~Carian daripada sini~

Benar & tepat sekali "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"... Jadi, marilah kita sama-sama bersama dalam menempuh kehidupan di Bumi yang sementara ini.. =)

Saturday, December 10, 2011

Girls Day Out Part 1

Hi all...

Semalam, saya, Ajilah, Yani n Wisam (walaupun dia hanya join pada permulaan sahaja...hehehe) telah pergi ke Hotel Vistana... Kami ke sana untuk discuss bout ur SEMAMPAN becoming dinner... after da discuss cam ni n cam tu.. soal jawab semua, kami pun pulang (konon-konon je.. hahaha...) Wisam telah dijemput oleh emak & adik dia... So, bermula la Girls Day Out kami...hahaha

Kami pun menuju ke Berjaya Megamall.. tujuan pertama : Saya teringin sangat nak tengok muvie Ombak Rindu cause da pernah baca novel tu (walaupun da tak ingat jalan cerita macam mana...heeee~)... Tapi next show at 7.30pm... masa tu baru je 5++pm ... Then, saya tanya diorang dua, "boleh tak balik malam? ". They said : "Boleh je"..YEAY!!! tercapai jugak impian.. hahaha...

Ajilah & Yani

Ajilah & Me

Yani & Ajilah again

Yani & Me

Fizah (nak jugak kan... lalala~)
Next, beli tiket, pastu nak pergi makan cause Yani lom Lunch lagi walaupun da lambat da masa tu.. Before tu, sempat lagi kami jadi model kat pokok yang diorang hias untuk sambutan krismas tu... (Da lama tak ambil gambar cam tu... heeee~) Jom tengok pictures... heeeee~

Then pergi la De Mall Resataurant (Kedai ayah Fatin Syahirah, my roomate masa MRSM dulu)... After makan, saya ajak diorang pergi kedai 101 kat belakang Mega tu cause nak beli keyboard yang nombor tu (senang nak masukkan data untuk PSM... padahal tinggal 2 cycle je lg nak complete... nak jugak kan...hahaha)...

Then, pergi surau.. Before muvie start, sempat lagi pergi tengok Player Bowling Team Pahang main bowling... Sebenarnya menebalkan muka menempel kat situ.. Diorang pun cam pelik kan tengok saya kat situ...biar la... Yang penting saya nak mencedok skills diorang.. (Walaupun x berapa nak cedok pun..hahaha).. Serius sangat teringin mahu main tadi.. Tapi, masa sangat mencemburui saya + tengok lane semua macam da penuh... Terus kuburkan hasrat tu... Takpe-takpe, saya akan main jugak... Tak kira... Lama dah tak main bowling, rasa hidup macam tak complete... (serius ni tau.. saya tak main-main... ceeeeewah...)

ok la, macam da pjg sgt cerita..... sambung kat part pula okay... c u all, readers.. =)

Friday, December 9, 2011

~Doodle~

Hi all...

Harini nak cerita pasal my first doodle... sgt tertarik tgk blogger-blogger yg ada doodle cute... so, malam tadi I tengok nurdaniub punya blog... nak tengok cara-cara buat doodle guna excel.. betul-betul x sangka doodle boleh dihasilkan dengan menggunakan excel...selama ni ingat untuk buat graph, matrix n benda-benda camtu je... hehehe

after tengok tutorial, I pun try la buat doodle sendiri.. jadi tak jadi tu perkara nombor 2..yang penting nak try jugak.. hehehe...

so, ni la hasilnya :

Baru first time try, tak berapa sempurna.. boleh la daripada tak de.. hehehe...

Bagi la comment korang pasal doodle saya ni, boleh saya perbaiki di masa hadapan.. ceewah..

P/s: Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong betulkan.. (pandai-pandai je tukar pantun ea... ish3...)

Thursday, December 8, 2011

~Seminar~

Hi semua...

Saya nak share pasal seminar yang saya attend semalam.. Sebenarnya seminar ni untuk fulfill subject Operation & Project Management... Masa mula-mula pergi, macam 'paksa rela' je sebenarnya sebab ada quiz after seminar... Hehehe...

Tapi, bila penceramah da start bercakap, betul-betul rasa excited... Penceramah semalam iala Tuan Haji Azman Taher... Beliau sangat bersemangat semasa memberikan ceramah.. Beliau sangat banyak memberi motivasi kepada kami...

Meh saya nak share kata-kata motivasi yang telah beliau berikan semalam :

Picture ni share dari sini
1. "Motivate urself with positive thing, Create positive thinking, Take positive action, Then, it will give positive result"
2. "For things to change, I must change first"
3. "Im not okay, all of you are okay. So, I need to change first "
4. "Yes, I will be different from others"


Ni pulak petua macam nak sustain good attitude :

To sustain, must not do 3 things :
1. NO EXCUSES (dont make any excuses)
2. NO COMPLAINTS (not giving strength, it give weakness)
3. PLEASE DO NOT BLAME OTHERS..
We must not do this 3 things because its only WEAKEN OUR SPIRIT!!!

So, jom amalkan berfikiran positif & lakukan perkara-perkara positif, okay... =)


~Kelebihan Surah Yassin~


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


P/s : Mari kita jadikan membaca surah yassin sebagai amalan, tak ada ruginya... :)


Share dari sini

~Happy Anniversary~

Hi all...

Saya nak ucapkan selamat ulang tahun yang pertama buat kereta mak saya.... Hehehe... Perlu ke sebenarnya? Tak kisah la.. Yang penting kereta tersebut telah banyak berbakti kepada mak dan saya dalam tempoh setahun ini...

Terima kasih kereta... Love u more la... (Walaupun awak telah menambah duit minyak saya lebih daripada saya pakai kereta saya sendiri)... hehehe.... =)

Kereta ni contoh bagi mewakili kereta mak saya... =)



Tuesday, December 6, 2011

~Belajar kerana Allah~

Salam and hi semua....

Post kali ni saya nak share pasal belajar kerana Allah... Kebiasaannya ramai student yang belajar hanya untuk exam... Sama juga la macam saya pada kebiasaannya...

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya jika kita belajar kerana nak exam, ilmu yang kita dapat tu tak akan kekal lama... Selepas exam abis, ilmu tu pun hilang...

Hal ini amat berbeza jika kita niat belajar kerana Allah... Sebabnya ilmu itu akan terus kekal dalam ingatan kita, insyaAllah... Jadi, bila nak exam, tak payah nak bersusah payah nak study teruk-teruk sebab masih ada lagi ingatan semasa kita belajar dalam kelas... ni daripada pengalaman sendiri...

p/s : Jika ada yang tidak bersependapat dengan saya, saya mohon maaf... =)
      : Mari kita semua belajar kerana Allah, moga ilmu yang diperolehi lebih diberkati.. amin... =)

Monday, December 5, 2011

~Cara Mengurangkan Stress~



Hi semua... meh saya nak kongsi cara-cara untuk menangani stress, lebih-lebih lagi buat saya dan kawan-kawan yang memang sangat pressure dengan kerja yang datang bertimbun-timbun sekarang ni.. Jangan terlalu stress tau.. jom baca :

Tahukah anda stres atau tekanan boleh menyebabkan kenaikan berat badan? Apabila anda mengalami tekanan, badan anda akan menghasilkan hormon kortisol yang lazimnya akan meningkatkan keinginan anda menjamah makanan tinggi gula dan lemak. Jangan risau! Anda boleh mengelakkan penghasilan hormon kortisol dengan mengatasi stress yang dialami dengan 6 tips berkesan.

1. Teknik pernafasan- Senaman yang melibatkan pernafasan seperti tai chi dan yoga boleh membangkitkan rasa tenang dan mengurangkan hormon stres. Bagi anda yang tiada masa untuk mengamalkan senaman, cuba luangkan 5 minit saja sehari untuk tarik nafas dalam-dalam perlahan lahan dan lepaskan semula nafas perlahan-lahan. Insya Allah, anda akan berasa tenang.

2. Senaman – Bagi sesetengah orang, perkataan senaman merupakan sesuatu yang formal dan memenatkan sehingga menyebabkan kita menghindarinya. Sebaliknya, cuba fikirkan senaman sebagai aktiviti fizikal atau pergerakan yang menyeronokkan seperti bermain bersukan dan berkebun. Libatkan anak-anak dan suami supaya aktiviti fizikal anda lebih bermakna di samping menggalakkan ahli keluarga bersenam. Luangkan 15-30 minit sehari sahaja sudah mencukupi untuk membakar kalori anda, bahkan juga membantu anda melawan segala hormon stres yang tidak diingini.

3. Makan ikut masa – Bagi masyarakat kita, makan 3 kali sehari sudah mencukupi. Sebaliknya, pertimbangkan 5-6 kali hidangan kecil yang lengkap dengan protein dan karbohidrat supaya gula dalam darah stabil dan pengeluaran hormon stres dapat dielakkan. Anda akan mendapati tahap tenaga paling tinggi apabila anda mangambil makanan setiap 2-3 jam. Tapi INGAT! Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kurang lemak dan gula dalam kuantiti yang berpatutan. Bak kata sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang. Nescaya stres berkurangan, badan sihat dan pahala pun dapat kerana mengikuti sunnah nabi.

4. Tidur yang mencukupi – Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa tahap hormon kortisol meningkat apabila individu kurang tidur. Hormon kortisol yang tinggi menyebabkan keinginan terhadap makanan tinggi gula dan lemak juga meningkat di siang hari. Keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan mengalami stres dan juga risiko yang tinggi untuk peningkatan berat badan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Jangka waktu tidur yang mencukupi berbeza bagi setiap individu. Anda tahu anda cukup tidur apabila anda bertenaga dan bersemangat sepanjang hari. HATI-HATI! Jangan terlebih tidur! Terlebih tidur akan membuatkan anda berasa lesu dan lemah.

5. Elakkan kafein, rokok dan alkohol – Pastikan anda tidak merokok serta mengambil kafein dan alkohol. Berdasarkan American Institute of Stress (AIS), ketiga-tiga faktor ini akan meningkatkan tahap kortisol, sekaligus menyebabkan stres dan kelaparan serta menurunkan paras gula dalam darah.

6. Ambil vitamin dan mineral – Banyak kajian yang telah membuktikan stres boleh menyebabkan penurunan vitamin dan mineral yang penting dalam badan. Sebanyak 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari disyorkan untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh anda. Bagi saya, pengambilan suplemen atau multivitamin lebih mudah kerana untuk memenuhi 9 kali hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran akan menyebabkan saya mengalami tekanan juga! Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan supaya anda mengambil suplemen yang bersesuaian dengan keperluan badan anda.

Dengan mencuba tips di atas, anda akan berasa lebih tenang dan sihat!