Followers

Wednesday, May 2, 2012

~Catering~

~picture pinjam daripada sini~


Salam and hi readers...

syukur alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk menyedut udara yang segar pada hari ini... kali ni fizah nak kongsikan berkenaan katering...

fizah nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada bonda fizah yang sudah bertungkus lumus untuk cari caterer untuk majlis perkahwinan puterinya ni... thanx a lot, mak..

sebenarnya mak fizah dah bertanya beberapa caterer sebelum ni.. ada caterer yang dah di'booking' untuk majlis sehari selepas fizah, jadi mak cik ni tak nak ambil da untuk hari sebelum tu.. penat sangat pula dia nanti.. tak pe la, tak kan nak paksa pula kan...hehe..

seorang lagi mak cik yang mak fizah tanya, dia minta agak mahal daripada caterer lain.. kena fikir banyak kali if nak ambil dia... dah la bajet fizah ciput je.. if kena bayar lebih untuk caterer, boleh pening kepala fikir mana nak cekau duit... hehe..

caterer seterusnya merupakan jiran fizah.. pak cik ni memang ada kedai makan... mak fizah dah bertanya pada dia awal-awal hari tu, tapi dia tak nak sebab katanya pekerja dia tak cukup... agak terkilan juga pada mulanya... huhu...

petang tadi mak fizah telefon, beritahu yang pak cik caterer tu setuju nak ambil tempahan kami.. alhamdulillah... terima kasih pada mak cik jiran sebelah rumah yang telah berjaya memujuk pak cik dan isterinya untuk ambil tempahan kami.. Syukur alhamdulillah...

Yang paling utama, syukur kepada Allah S.W.T yang memudahkan perjalanan penyatuan hati fizah dan bakal suami... Allah akan permudahkan urusan kita dalam menghalalkan perhubungan antara dua insan... insyaAllah.. Amin Ya Rabb...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, keluargaku dan semuanya yang terlibat dalam menuju hari bahagia ini.. aminn~

Sampai sini dulu kali ni, daaa readers~

Friday, April 27, 2012

~Paper bag untuk Goodies Bag~

Salam and Hi readers...

da lama fizah tak update blog.. banyak sangat kekangan sekarang ni.. memang terasa sangat banyak kerja yang perlu disiapkan lebih-lebih lagi menjelang penghujung semester ni... heeee~ sabar je la kan... dugaan,biasa la... tanpa dugaan semua ni, hidup kita pun tak akan jadi matang.. cewahh...

Ok la, fizah tak nak membebel banyak sangat, nak straight to the point.. hari ni nak cerita pasal Goodies Bag... pada mulanya fizah plan nak beli beg plastik yang bercorak-corak tu je.. kononnya macam nak senang dan jimat kos... tapi bila dicongak, dibahagi, didarab segala, rupanya agak 'costing' juga... ohh...TIDAK!!! saya kena 'cut cost'... hehehe...

bagi fizah, macam mana pun bentuk fizikal dan rupa bentuk beg tu, bukanlah perkara yang paling penting.. biar nampak simple tapi ada makna... baru la best... heeee~ bagi fizah, biarlah harganya murah, asalkan kita pandai hias goodies bag tu nampak macam ada 'sentimental value'... tu pun da cukup... heeee~

ok, semalam ada seorang kawan fizah, Zulia yang juga merupakan 'Bride 2 Be' ada share kat mana boleh dapatkan goodie bag yang macam fizah inginkan tu dengan harga yang berpatutan... seronoknya~ tercapai juga impian... alhamdulillah... sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih pada Zulia...

sekarang ni fizah tengah plan macam mana nak design goodies bag tu.. sebabnya goodies bag yang fizah plan nak beli ni adalah 'brown paper bag', macam yang kita dapat bila beli 'waffle' tu... fizah dapat idea ni pun selepas terbaca 1 blog ni.. tapi da terlupa pula blog yang mana satu... nanti fizah jumpa blog tu fizah cuba link kan ye.. heeee~

daripada blog tu, fizah dapat tengok betapa kreatifnya blogger tu.. kiranya memang sesuai sangat idea blogger tersebut untuk fizah praktikkan memandangkan bajet fizah pun tak besar... heeee~ kat bawah ni fizah bagi contoh design pada paper bag tu..

gambar yang pertama ni memang dia ada buat package terus, harga pun berpatutan...sesiapa yang berminat boleh la tengok.. comel pula tu design dia..

ok la, fizah berhenti sampai sini dulu untuk kali ni... lain kali fizah update lagi k... heee~ daaa semua~ Salam~

~picture pinjam daripada sini~

~picture pinjam daripada sini~

Sunday, April 8, 2012

~Wedding Preparation Part 2~

Salam and hi readers...

hehehe.... excited sangat bila cite bab kahwin ni... so, kali ni fizah nak share preparation yang da dibuat sepanjang cuti mid term ni... heeeee~

fizah dan mak fizah da pergi kedai perabot hari tu, mula-mula ingat nak survey dulu... TAPI kami terus beli... sebabnya set bilik tidur kat situ murah, harga dari kilang... memang terpaksa beli pun sebab bilik fizah belum ada perabot... disebabkan kami renovate rumah, ada katil yang berjemur berpanas berhujan sampai reput... jadi kena la beli baru.. tak pe, memang keperluan.. so, fizah memang kena cut cost untuk barang-barang lain nanti... heeee~

selain daripada tu, fizah pun da beli langsir mengikut tema yang dipilih, ni pun ada offer... memang best la bila beli barang yang ada offer ni.. macam tau-tau je kita nak jimat cost.. hihihi... kat situ juga fizah jumpa cadar yang memang berkenan di hati dengan harga yang masih mengikut bajet perbelanjaan...

rasa macam agak lega sebab benda yang besar-besar macam ni da settle... yeay!!! lepas ni boleh fokus kat benda-benda lain pula... yahooo!!! nampak sangat tak sabarnya kan... ish3... apa nak jadi ni hafizah... behave behave~ heeeee~ perasaan macam ni hanya bride & groom to be je yang faham sebenarnya... excited terlebih.... kan3?? heeee~ siapa setuju angkat tangan dan kaki... opppsssss terlebih sudah.... lalala~

ok la, tu je la untuk kali ni... nanti ada update lagi, fizah cerita lagi ye... tinggal 7 bulan lagi~ ya Allah panjangkanlah jodoh Nor Hafizah & Mohd Azaqusyairi hingga ke syurga... Permudahkanlah urusan penyatuan hati Nor Hafizah & Mohd Azaqusyairi...aminn~

Friday, April 6, 2012

~Survey part 2~

Salam and hi readers...

sekarang ni fizah berada di kampung halaman... dapat la buat survey sikit-sikit... hari tu da pergi tengok baju pengantin dekat D'Inai Collection kat Raub... bajunya cantik-cantik.... butik ni Zulia yang suruh fizah pergi tengok sebab dia kata baju cantik-cantik...

tapi fizah tak decide lagi sebab fizah rasa fizah kena pergi survey banyak lagi kedai... bila da survey banyak tempat, barulah boleh buat pilihan yang tepat... readers setuju tak? heeeee~

ada dua butik lagi fizah pergi, tapi malangnya orang yang handle tak ada, tak dapat la nak berbincang... tak pe, insyaAllah ada kesempatan fizah pergi... readers doakan fizah sempat pergi survey dalam masa cuti yang masih bersisa ni ye...amin..

okay, tu bab butik pengantin... sekarang ni nak cerita bab homestay pula.. tempat untuk pihak pengantin lelaki & keluarga bertanggak... fizah da bincang dengan mak untuk sewa homestay yang kami selalu pergi tu... mak pun setuju... cukup la untuk future husband fizah & family... luas juga rumah tu... insyaAllah fizah akan contact akak rumah tu untuk buat tempahan.. moga Allah permudahkan urusan fizah.. amin...

setakat ni je dulu kali ni... yang lain-lain masih dalam misi pencarian.. fizah masih mencari-cari idea lain untuk dijadikan doorgift... idea yang fizah bentangkan pada mak, mak tak berapa setuju pula...kena la cari idea lain pula nampak gayanya...heeee~ tak pe, usaha tangga kejayaan... yeay!!!

daaa readers~

Thursday, March 29, 2012

~Survey~

Salam and hi readers...

Fizah nak share...sekarang tengah busy sangat... hehehe... bukan setakat kerja yang menimbun... ditambah pula dengan semangat yang membara untuk buat survey berkenaan perkahwinan... excited kot...sempat lagi curi-curi masa buat survey... hafizah... hafizah... hehehe

dalam waktu sekarang ni, bila buat survey tu... banyak betul benda yang menarik perhatian.. tak tahu nak pilih yang mana satu... rambang mata dibuatnya.... heeee~ kadang-kadang macam kelakar pun ada.. mana tak nya, mula-mula dah berkenan dengan satu doorgift ni, bila teruskan lagi survey, tiba-tiba berkenaan pula kat yang baru tu... akhir sekali x tahu nak decide yang mana satu... rasa macam nak beli semua je... tamak betul bunyinya kan... mana boleh beli semua...nanti duit habis kat situ je pula..heeeee~

fizah kena buat perbincangan dengan family dulu sebelum buat pilihan... minta pendapat mereka... bagi fizah itulah yang terbaik... takut-takut pilihan yang fizah buat sendiri tak begitu sesuai ke apa ke kan...hehehe....

rasanya sampai sini je update untuk kali ni...lain kali update lagi ye... masih ada tanggungjawab sebagai mahasiswi yang harus dibereskan... daaaa readers.... :)

Monday, March 19, 2012

~Wedding Preparation Part 1~

salam and hi readers... lamanya fizah tak buat coretan kat sini... hari tu ada mood nak update, internet pula buat hal... heeee~

macam tajuk post ni, fizah nak cerita pasal preparation untuk wedding fizah nanti... sekarang ni fizah dok mencari-cari pakej-pakej yang menarik dengan harga berpatutan.. kena la save duit kan, jika melebih-lebih sangat spend duit untuk majlis, takut nanti lepas kahwin da tak ada duit pula... tak ke naya macam tu... padahal kehidupan selepas kahwin lebih memerlukan banyak duit berbanding majlis perkahwinan itu sendiri... ini pendapat peribadi fizah...

fizah tak nafikan kepada siapa-siapa yang mengatakan biar la majlis tu grand, kahwin kan sekali seumur hidup... memang best if dapat buat majlis grand... nak meraikan pengantin baru... tapi bagi orang macam fizah ni, hidup secara sederhana.. majlis pun nak sederhana je... asalkan ada majlis sudah... bak kata orang, ukur baju di badan sendiri... ikut kemampuan diri kita sudah la... betul tak?? heeeeee~

dua minggu lepas fizah dah pergi tempah kad kahwin...da bagi design yang kita nak... tapi bulan 6 nanti baru dapat feed back... ramai orang cakap kenapa awal sangat tempah kad? bagi fizah, mana benda yang boleh buat dulu, lebih balik kita buat dulu... sebab nanti majlis da dekat, tengok-tengok kad tak ada lagi...tak ke naya macam tu... (banyak pula pakai perkataan ni hari ni..hehehe)...

photographer pun da ada.... fizah da maklumkan pada abang sepupu fizah untuk jadi photographer masa majlis fizah nanti... senang sikit berurusan dengan keluarga sendiri.. dapat juga membantu saudara sendiri.tak gitu?? heeeee~

khemah, meja dan kerusi pun mak fizah dah tempah siap-siap...takut nanti orang lain da booking, kita terpaksa minta jemputan makan bersila ramai-ramai pula nanti if tak dapat kerusi dan meja... kesian pula bagi mereka yang tak boleh duduk bersila lama-lama.. heeeee~

fizah still survey mana-mana barang yang harganya berpatutan yang boleh dijadikan hantaran.... any idea readers? siapa-siapa yang ada idea tu boleh la share dengan fizah... jangan segan-segan untuk tinggalkan komen.... thanx readers.. :)

Monday, February 27, 2012

~counting the day~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, February 12, 2012

~Final Year, Final Sem~

Salam and hi readers...

Lamanya Fizah tak update blog...dah balik rumah,mmg jarang la online...lagi-lagi cuti pun pendek kan...

Esok bermula la semester terakhir sebagai pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia... sangat tak sangka Fizah dah   final sem... minta semua readers doakan kejayaan Fizah k... Final sem ni semestinya tugasan makin berat walaupun subject da tak banyak... cabaran besar pasti mendatang...

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini meringangkan bebanannya.. aamin..

ok lah, sampai sini saja kali ini..lain kali insyaAllah bertemu lagi ye.. :)