Followers

Monday, May 28, 2012

~Study Week~

Salam and hi readers..

Sekarang ni kat UMP study week da mula.. waaa... macam tak percaya ni adalah study week terakhir sebagai pelajar ijazah.. cepatnya masa berlalu... ya Allah, bantulah hambaMu menghadapi dugaan yang melanda... ya Allah permudahkanlah segalanya..

Fizah harap sangat-sangat boleh bagi yang terbaik untuk final exam ni.. fizah minta semua readers pun doakan fizah ye.. thanx semua..

ok la, sampai sini je coretan fizah kali ni... daaa readers~ salam~

Wednesday, May 16, 2012

~Setahun~

Salam and hi readers...

hari ni 16 Mei, merupakan sambutan hari guru.. tapi bagi Fizah sekeluarga, bukan hanya hari guru yg jatuh pada tarikh ni.. hari ini juga merupakan tarikh arwah abang fizah, iaitu arwah along meninggal dunia.. genap setahun arwah meninggalkan kami semua...

terasa masa terlalu pantas bergerak.. sekejap sangat rasanya, dah masuk setahun... ya Allah, tempatkanlah roh arwah along bersama golongan solihin.. arwah merupakan seorang anak yang taat, abang terbaik, suami yang  mithali & ayah yang baik... amin..

setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Ilahi juga.. semuanya telah tertulis.. Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya... ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan yang beriman & beramal soleh.. amin..

Monday, May 7, 2012

~Alhamdulillah~

Salam and hi readers...

Alhamdulillah.. keluargaku dan keluarga bakal imamku telah mendapat kata sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan kami... inilah yang telah tertulis untuk kami.. kami redha dengan dugaan yang menimpa kami kerana kami yakin ada hikmah yang tersembunyi..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana tarikh telah ditetapkan sekali lagi.. mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar... amin~

Fizah mohon agar readers pun mendoakan majlis fizah berjalan dengan lancar ye.. thanx readers~ sampai sini kali ini... daaaa~ salam~

Sunday, May 6, 2012

~Dugaan Hidup~

Salam and hi readers...

Hari ini 06/05/12, abang sepupuku : Faiz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya.. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...

Betapa hebatnya percaturan kehidupan yang menimpa diri ini.. hari ini diri ini telah mendapat berita bahawa kakak sepupu juga bakal mengadakan majlis perkahwinan pada tarikh yang sama.. Allah Maha Besar... Disebabkan terlalu berrahsia, tinggal 6 bulan lagi, baru kami tahu.. itu pun disebabkan tarikh kami sama...

Maka makcik-makcik. pakcik-pakcik dan keluarga semua telah berbincang.. meminta diri ini untuk menganjak atau mengundurkan tarikh.... begitu besar dugaan hidup ini.. ya Allah, terasa terlalu kerdil diri ini di bumiMu yang luas ini... aku yakin dengan ketentuan Illahi.. Namun, Jiwa remaja ini memberontak.. diriku dan bakal imamku telah terlalu lama memilih tarikh tersebut.. demi Allah, terlalu lama kami telah sepakat... ya Allah.. bantulah hambaMu yang lemah ini.. teguhkanlah imanku, mantapkanlah akhlakku, ya Allah...

Maafkanlah aku ya Allah... biarlah semuanya berlalu.. pasti ada hikmahnya yang terselindung.. Readers, fizah mohon semua untuk mendoakan yang terbaik untuk fizah... terima kasih semua.. daaa~ salam...

Friday, May 4, 2012

~Wedding Cake~

~picture daripada sini~
~picture daripada sini~
~picture daripada sini~
Salam and hi readers...

sedapnya nampak kek kat atas ni kan?? heeee~ suka sangat dengan idea yang simple, tapi sangat kreatif... ok, nak mulakan entry kali ni pula..hehe...beberapa minggu lepas fizah ada tanya pada seseorang yang menjual kek ni.. tengok pada respon pembeli, memang sangat memuaskan.. fizah pun da tanya harga kek pada akak yang menjual tu... harga berpatutan..

tapi masalah yang fizah hadapi adalah nanti takut tak ada orang yang sanggup ambil kek kat rumah akak tu... fizah nampak perkara ni macam satu satu masalah yang agak besar.. nak kek cantik & sedap tu~ maybe bukan rezeki nak merasa untuk wedding... hehehe.. takpe-takpe nanti satu hari fizah akan order pada akak ni... insyaAllah...

hari tu fizah balik raub, berkesempatan untuk singgah di salah satu kedai kek yang agak terkenal kat Malaysia ni.. fizah tak nak nyatakan nama kedainya.. hehe... kek kat sini, mana yang sebiji je, harga berpatutan lagi... tapi bila tengok harga yang bertingkat, WAAAA!!! tak mampu fizah rasa... boleh sewa sepasang baju lelaki & perempuan untuk resepsi... heeee~ nampak gayanya, terpaksalah fizah kuburkan hasrat untuk beli kek kat kedai tu... tak pe la, ukur baju di badan sendiri kan.. hehe..

sekarang ni fizah decide nak pergi tengok kedai kek yang lain pula.. nak tengok harga macam mana... if lagi berpatutan, fizah akan buat tempahan terus... nampak macam awal sangat kan.. enam bulan lagi, tapi kek da tempah.. heeee~ nampak macam terlalu teruja kan?? heeee~

sebenarnya fizah risau sangat if perkara-perkara yang simple ni terlepas pandang.. nanti tengok-tengok da dekat dengan majlis beru nak terhegeh-hegeh... masa tu banyak lagi yang tak siap...tak ke huru hara jadinya... nauzubillah.. jauhkanlah ya Allah.. permudahkanlah segalanya... aminn..

ok lah, fizah minta sangat readers semua doakan segala persiapan berjalan lancar & masjid yang fizah dan bakal imam fizah mahu dirikan ni mampu berdiri utuh hingga ke syurga.. amin~

sampai sini dulu kali ni, lain kali fizah sambung pula... daaa readers~

Wednesday, May 2, 2012

~Bapa~

salam and hi again...

akhir-akhir ni fizah juga sering terkenangkan arwah bapa fizah yang telah meninggalkan fizah selama 14 tahun yang lalu.. pejam celik pejam celik, dah 14 tahun rupanya masa berlalu... cepat sungguh masa berlalu... moga-moga fizah sudah menggunakan masa yang dipinjamkan Allah dengan sebaiknya..

masih teringat saat jasad kaku arwah bapa dibawa masuk ke rumah.... saat itu anak yang berusia 9 tahun itu, meraung-raung... perasaan sedihnya tidak dapat dibendung lagi ketika itu... walaupun saat mula-mula dikhabarkan berita pemergian arwah, hati anak kecil itu seakan tabah.. menahan sebak didadanya.. namun empangan air matanya pecah juga saat terlihat jasad kaku itu... seakan berada dalam mimpi ketika itu.. insan yang paling rapat dengannya telah pergi buat selamanya... bapa yang sangat penyayang sesuai dengan namanya : ABD RAUF, telah pergi buat selamanya...

ya Allah, ampunkalah dosa-dosa arwah bapaku... sesungguhnya diri ini terlalu menyayanginya.. tiada insan yang mampu mengganti tempatnya, Ya Allah.. tempatkanlah arwah bapaku di dalam Syurga FirdausMu, ya Allah... ya Allah, sesungguhnya diri ini tidak mampu melihat jika jasad arwah bapaku dihukum atas kesalahan diri ini ya Allah... terlalu banyak dosa yang telah hambaMu ini lakukan, ampunkanlahku ya Allah...

Mak besama arwah bapa


~Hantaran~

~Ensiklopedia Solat~


Salam and hi readers...


kali ni fizah nak cerita pasal hantaran pula... pening sebenarnya bila memikirkan pasal hantaran ni.. ikut hati banyak sangat barang-barang yang nak dijadikan hantaran.. tapi fizah sedar dengan kemampuan diri sendiri.. bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri... jika terlebih ukur, merana la diri kita nanti.. tak gitu?? hehe...

ok, setakat ni fizah baru beli satu je barang hantaran untuk diberikan kepada bakal imam fizah... readers nak tahu tak apa barang tu?? heeee~ boleh tak nak biarkan rahsia~~ heeeee~ mengada-ngada ye fizah!! da sebut, tak beritahu pula!! heeee~ fizah dah beli senaskah buku iaitu ENSIKLOPEDIA SOLAT.. ada makna tersirat disebalik hantaran ni..

pada pandangan fizah, hantaran ni untuk menjadikan rumah tangga kami dan keluarga kami insan-insan yang mementingkan solat... makna tersiratnya untuk menjadi panduan kepada bakal imam fizah supaya mampu membimbing serta membetulkan kami mendirikan solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna... insyaAllah...

fizah masih memikirkan apa lagi yang patut fizah jadikan hantaran ye?? readers ada cadangan tak? jika readers mempunyai sebarang cadangan, jangan segan-segan untuk share kan dengan fizah ye..

ok lah, sampai sini dulu kali ni... cerita pasal kahwin ni, memang susah nak berhenti.. heeee~ lain kali kita jumpa lagi ye...

Ya Allah, tambahkanlah keimananku, keimanan keluargaku, keimanan seluruh muslimin dan muslimat seluruhnya... Lindungilah kami daripada sebarang perasaan hasad dengki dan fitnah yang boleh melunturkan keimanan kami... Permudahkanlah segala urusan kami... Aminn Ya Rabb...

~Catering~

~picture pinjam daripada sini~


Salam and hi readers...

syukur alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk menyedut udara yang segar pada hari ini... kali ni fizah nak kongsikan berkenaan katering...

fizah nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada bonda fizah yang sudah bertungkus lumus untuk cari caterer untuk majlis perkahwinan puterinya ni... thanx a lot, mak..

sebenarnya mak fizah dah bertanya beberapa caterer sebelum ni.. ada caterer yang dah di'booking' untuk majlis sehari selepas fizah, jadi mak cik ni tak nak ambil da untuk hari sebelum tu.. penat sangat pula dia nanti.. tak pe la, tak kan nak paksa pula kan...hehe..

seorang lagi mak cik yang mak fizah tanya, dia minta agak mahal daripada caterer lain.. kena fikir banyak kali if nak ambil dia... dah la bajet fizah ciput je.. if kena bayar lebih untuk caterer, boleh pening kepala fikir mana nak cekau duit... hehe..

caterer seterusnya merupakan jiran fizah.. pak cik ni memang ada kedai makan... mak fizah dah bertanya pada dia awal-awal hari tu, tapi dia tak nak sebab katanya pekerja dia tak cukup... agak terkilan juga pada mulanya... huhu...

petang tadi mak fizah telefon, beritahu yang pak cik caterer tu setuju nak ambil tempahan kami.. alhamdulillah... terima kasih pada mak cik jiran sebelah rumah yang telah berjaya memujuk pak cik dan isterinya untuk ambil tempahan kami.. Syukur alhamdulillah...

Yang paling utama, syukur kepada Allah S.W.T yang memudahkan perjalanan penyatuan hati fizah dan bakal suami... Allah akan permudahkan urusan kita dalam menghalalkan perhubungan antara dua insan... insyaAllah.. Amin Ya Rabb...

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, keluargaku dan semuanya yang terlibat dalam menuju hari bahagia ini.. aminn~

Sampai sini dulu kali ni, daaa readers~