Followers

Saturday, December 10, 2011

Girls Day Out Part 1

Hi all...

Semalam, saya, Ajilah, Yani n Wisam (walaupun dia hanya join pada permulaan sahaja...hehehe) telah pergi ke Hotel Vistana... Kami ke sana untuk discuss bout ur SEMAMPAN becoming dinner... after da discuss cam ni n cam tu.. soal jawab semua, kami pun pulang (konon-konon je.. hahaha...) Wisam telah dijemput oleh emak & adik dia... So, bermula la Girls Day Out kami...hahaha

Kami pun menuju ke Berjaya Megamall.. tujuan pertama : Saya teringin sangat nak tengok muvie Ombak Rindu cause da pernah baca novel tu (walaupun da tak ingat jalan cerita macam mana...heeee~)... Tapi next show at 7.30pm... masa tu baru je 5++pm ... Then, saya tanya diorang dua, "boleh tak balik malam? ". They said : "Boleh je"..YEAY!!! tercapai jugak impian.. hahaha...

Ajilah & Yani

Ajilah & Me

Yani & Ajilah again

Yani & Me

Fizah (nak jugak kan... lalala~)
Next, beli tiket, pastu nak pergi makan cause Yani lom Lunch lagi walaupun da lambat da masa tu.. Before tu, sempat lagi kami jadi model kat pokok yang diorang hias untuk sambutan krismas tu... (Da lama tak ambil gambar cam tu... heeee~) Jom tengok pictures... heeeee~

Then pergi la De Mall Resataurant (Kedai ayah Fatin Syahirah, my roomate masa MRSM dulu)... After makan, saya ajak diorang pergi kedai 101 kat belakang Mega tu cause nak beli keyboard yang nombor tu (senang nak masukkan data untuk PSM... padahal tinggal 2 cycle je lg nak complete... nak jugak kan...hahaha)...

Then, pergi surau.. Before muvie start, sempat lagi pergi tengok Player Bowling Team Pahang main bowling... Sebenarnya menebalkan muka menempel kat situ.. Diorang pun cam pelik kan tengok saya kat situ...biar la... Yang penting saya nak mencedok skills diorang.. (Walaupun x berapa nak cedok pun..hahaha).. Serius sangat teringin mahu main tadi.. Tapi, masa sangat mencemburui saya + tengok lane semua macam da penuh... Terus kuburkan hasrat tu... Takpe-takpe, saya akan main jugak... Tak kira... Lama dah tak main bowling, rasa hidup macam tak complete... (serius ni tau.. saya tak main-main... ceeeeewah...)

ok la, macam da pjg sgt cerita..... sambung kat part pula okay... c u all, readers.. =)

Friday, December 9, 2011

~Doodle~

Hi all...

Harini nak cerita pasal my first doodle... sgt tertarik tgk blogger-blogger yg ada doodle cute... so, malam tadi I tengok nurdaniub punya blog... nak tengok cara-cara buat doodle guna excel.. betul-betul x sangka doodle boleh dihasilkan dengan menggunakan excel...selama ni ingat untuk buat graph, matrix n benda-benda camtu je... hehehe

after tengok tutorial, I pun try la buat doodle sendiri.. jadi tak jadi tu perkara nombor 2..yang penting nak try jugak.. hehehe...

so, ni la hasilnya :

Baru first time try, tak berapa sempurna.. boleh la daripada tak de.. hehehe...

Bagi la comment korang pasal doodle saya ni, boleh saya perbaiki di masa hadapan.. ceewah..

P/s: Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong betulkan.. (pandai-pandai je tukar pantun ea... ish3...)

Thursday, December 8, 2011

~Seminar~

Hi semua...

Saya nak share pasal seminar yang saya attend semalam.. Sebenarnya seminar ni untuk fulfill subject Operation & Project Management... Masa mula-mula pergi, macam 'paksa rela' je sebenarnya sebab ada quiz after seminar... Hehehe...

Tapi, bila penceramah da start bercakap, betul-betul rasa excited... Penceramah semalam iala Tuan Haji Azman Taher... Beliau sangat bersemangat semasa memberikan ceramah.. Beliau sangat banyak memberi motivasi kepada kami...

Meh saya nak share kata-kata motivasi yang telah beliau berikan semalam :

Picture ni share dari sini
1. "Motivate urself with positive thing, Create positive thinking, Take positive action, Then, it will give positive result"
2. "For things to change, I must change first"
3. "Im not okay, all of you are okay. So, I need to change first "
4. "Yes, I will be different from others"


Ni pulak petua macam nak sustain good attitude :

To sustain, must not do 3 things :
1. NO EXCUSES (dont make any excuses)
2. NO COMPLAINTS (not giving strength, it give weakness)
3. PLEASE DO NOT BLAME OTHERS..
We must not do this 3 things because its only WEAKEN OUR SPIRIT!!!

So, jom amalkan berfikiran positif & lakukan perkara-perkara positif, okay... =)


~Kelebihan Surah Yassin~


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


P/s : Mari kita jadikan membaca surah yassin sebagai amalan, tak ada ruginya... :)


Share dari sini

~Happy Anniversary~

Hi all...

Saya nak ucapkan selamat ulang tahun yang pertama buat kereta mak saya.... Hehehe... Perlu ke sebenarnya? Tak kisah la.. Yang penting kereta tersebut telah banyak berbakti kepada mak dan saya dalam tempoh setahun ini...

Terima kasih kereta... Love u more la... (Walaupun awak telah menambah duit minyak saya lebih daripada saya pakai kereta saya sendiri)... hehehe.... =)

Kereta ni contoh bagi mewakili kereta mak saya... =)



Tuesday, December 6, 2011

~Belajar kerana Allah~

Salam and hi semua....

Post kali ni saya nak share pasal belajar kerana Allah... Kebiasaannya ramai student yang belajar hanya untuk exam... Sama juga la macam saya pada kebiasaannya...

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya jika kita belajar kerana nak exam, ilmu yang kita dapat tu tak akan kekal lama... Selepas exam abis, ilmu tu pun hilang...

Hal ini amat berbeza jika kita niat belajar kerana Allah... Sebabnya ilmu itu akan terus kekal dalam ingatan kita, insyaAllah... Jadi, bila nak exam, tak payah nak bersusah payah nak study teruk-teruk sebab masih ada lagi ingatan semasa kita belajar dalam kelas... ni daripada pengalaman sendiri...

p/s : Jika ada yang tidak bersependapat dengan saya, saya mohon maaf... =)
      : Mari kita semua belajar kerana Allah, moga ilmu yang diperolehi lebih diberkati.. amin... =)

Monday, December 5, 2011

~Cara Mengurangkan Stress~



Hi semua... meh saya nak kongsi cara-cara untuk menangani stress, lebih-lebih lagi buat saya dan kawan-kawan yang memang sangat pressure dengan kerja yang datang bertimbun-timbun sekarang ni.. Jangan terlalu stress tau.. jom baca :

Tahukah anda stres atau tekanan boleh menyebabkan kenaikan berat badan? Apabila anda mengalami tekanan, badan anda akan menghasilkan hormon kortisol yang lazimnya akan meningkatkan keinginan anda menjamah makanan tinggi gula dan lemak. Jangan risau! Anda boleh mengelakkan penghasilan hormon kortisol dengan mengatasi stress yang dialami dengan 6 tips berkesan.

1. Teknik pernafasan- Senaman yang melibatkan pernafasan seperti tai chi dan yoga boleh membangkitkan rasa tenang dan mengurangkan hormon stres. Bagi anda yang tiada masa untuk mengamalkan senaman, cuba luangkan 5 minit saja sehari untuk tarik nafas dalam-dalam perlahan lahan dan lepaskan semula nafas perlahan-lahan. Insya Allah, anda akan berasa tenang.

2. Senaman – Bagi sesetengah orang, perkataan senaman merupakan sesuatu yang formal dan memenatkan sehingga menyebabkan kita menghindarinya. Sebaliknya, cuba fikirkan senaman sebagai aktiviti fizikal atau pergerakan yang menyeronokkan seperti bermain bersukan dan berkebun. Libatkan anak-anak dan suami supaya aktiviti fizikal anda lebih bermakna di samping menggalakkan ahli keluarga bersenam. Luangkan 15-30 minit sehari sahaja sudah mencukupi untuk membakar kalori anda, bahkan juga membantu anda melawan segala hormon stres yang tidak diingini.

3. Makan ikut masa – Bagi masyarakat kita, makan 3 kali sehari sudah mencukupi. Sebaliknya, pertimbangkan 5-6 kali hidangan kecil yang lengkap dengan protein dan karbohidrat supaya gula dalam darah stabil dan pengeluaran hormon stres dapat dielakkan. Anda akan mendapati tahap tenaga paling tinggi apabila anda mangambil makanan setiap 2-3 jam. Tapi INGAT! Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kurang lemak dan gula dalam kuantiti yang berpatutan. Bak kata sunnah nabi, berhenti sebelum kenyang. Nescaya stres berkurangan, badan sihat dan pahala pun dapat kerana mengikuti sunnah nabi.

4. Tidur yang mencukupi – Kajian perubatan telah menunjukkan bahawa tahap hormon kortisol meningkat apabila individu kurang tidur. Hormon kortisol yang tinggi menyebabkan keinginan terhadap makanan tinggi gula dan lemak juga meningkat di siang hari. Keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan mengalami stres dan juga risiko yang tinggi untuk peningkatan berat badan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Jangka waktu tidur yang mencukupi berbeza bagi setiap individu. Anda tahu anda cukup tidur apabila anda bertenaga dan bersemangat sepanjang hari. HATI-HATI! Jangan terlebih tidur! Terlebih tidur akan membuatkan anda berasa lesu dan lemah.

5. Elakkan kafein, rokok dan alkohol – Pastikan anda tidak merokok serta mengambil kafein dan alkohol. Berdasarkan American Institute of Stress (AIS), ketiga-tiga faktor ini akan meningkatkan tahap kortisol, sekaligus menyebabkan stres dan kelaparan serta menurunkan paras gula dalam darah.

6. Ambil vitamin dan mineral – Banyak kajian yang telah membuktikan stres boleh menyebabkan penurunan vitamin dan mineral yang penting dalam badan. Sebanyak 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari disyorkan untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh anda. Bagi saya, pengambilan suplemen atau multivitamin lebih mudah kerana untuk memenuhi 9 kali hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran akan menyebabkan saya mengalami tekanan juga! Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan supaya anda mengambil suplemen yang bersesuaian dengan keperluan badan anda.

Dengan mencuba tips di atas, anda akan berasa lebih tenang dan sihat! 

Friday, December 2, 2011

~Car Service~

Hi readers...

Semalam (1st Dec), saya melaksanakan amanah daripada mak saya untuk servis kereta beliau... Disebabkan saya telah sekarang ni memajak kereta tersebut, jadi saya la yang harus menghantarnya...

Appoiment sebenarnya pukul 3.15pm, but I reached there earlier, 2.50pm I da sampai... Pusat Servis Proton yang I pergi ni dekat kawasan perindustrian semambu, masuk lorong semambu 2, anda akan nampak bangunan nya... Mula-mula da tersalah pergi, I pergi Pusat Servis Eon... hahaha... I thought sama... disebabkan not sure, call la Pusat Servis Proton tanya kat mana location... after that, she gave the direction... (mase mula-mula masuk ruang menunggu tu, tebalkan je la muka cause tak tahu siapa yang bagi direction tadi kan... I dont care, yang penting I da sampai tempat yang betol...

Masa I masuk ruang menunggu tu, I tengok ramainya orang... berapa lama nak tunggu siap ni? (bermonolog dalaman je la tapinya...) after register, tunggu la... luckily I da prepare bawa buku "Jangan Main-main" by Dr HM Tuah... So, tak de la bosan sangat kan.. kat situ ada je tv, tapi buka tv3, cite mexico... da la x follow kan... memang tak berapa layan la jawabnya.. I baca je buku... makin lama baca, mengantuk pula da... nak tida, tapi macam tak sesuai pula kan... so,I kuburkan je la niat murni tu.. layan tv, baca surat khabar, amik air milo... da macam apa da tunggu... at last, after almost 1 and half hours, kereta siap diservis... yahooo!!! boleh balik...