Followers

Thursday, March 29, 2012

~Survey~

Salam and hi readers...

Fizah nak share...sekarang tengah busy sangat... hehehe... bukan setakat kerja yang menimbun... ditambah pula dengan semangat yang membara untuk buat survey berkenaan perkahwinan... excited kot...sempat lagi curi-curi masa buat survey... hafizah... hafizah... hehehe

dalam waktu sekarang ni, bila buat survey tu... banyak betul benda yang menarik perhatian.. tak tahu nak pilih yang mana satu... rambang mata dibuatnya.... heeee~ kadang-kadang macam kelakar pun ada.. mana tak nya, mula-mula dah berkenan dengan satu doorgift ni, bila teruskan lagi survey, tiba-tiba berkenaan pula kat yang baru tu... akhir sekali x tahu nak decide yang mana satu... rasa macam nak beli semua je... tamak betul bunyinya kan... mana boleh beli semua...nanti duit habis kat situ je pula..heeeee~

fizah kena buat perbincangan dengan family dulu sebelum buat pilihan... minta pendapat mereka... bagi fizah itulah yang terbaik... takut-takut pilihan yang fizah buat sendiri tak begitu sesuai ke apa ke kan...hehehe....

rasanya sampai sini je update untuk kali ni...lain kali update lagi ye... masih ada tanggungjawab sebagai mahasiswi yang harus dibereskan... daaaa readers.... :)

Monday, March 19, 2012

~Wedding Preparation Part 1~

salam and hi readers... lamanya fizah tak buat coretan kat sini... hari tu ada mood nak update, internet pula buat hal... heeee~

macam tajuk post ni, fizah nak cerita pasal preparation untuk wedding fizah nanti... sekarang ni fizah dok mencari-cari pakej-pakej yang menarik dengan harga berpatutan.. kena la save duit kan, jika melebih-lebih sangat spend duit untuk majlis, takut nanti lepas kahwin da tak ada duit pula... tak ke naya macam tu... padahal kehidupan selepas kahwin lebih memerlukan banyak duit berbanding majlis perkahwinan itu sendiri... ini pendapat peribadi fizah...

fizah tak nafikan kepada siapa-siapa yang mengatakan biar la majlis tu grand, kahwin kan sekali seumur hidup... memang best if dapat buat majlis grand... nak meraikan pengantin baru... tapi bagi orang macam fizah ni, hidup secara sederhana.. majlis pun nak sederhana je... asalkan ada majlis sudah... bak kata orang, ukur baju di badan sendiri... ikut kemampuan diri kita sudah la... betul tak?? heeeeee~

dua minggu lepas fizah dah pergi tempah kad kahwin...da bagi design yang kita nak... tapi bulan 6 nanti baru dapat feed back... ramai orang cakap kenapa awal sangat tempah kad? bagi fizah, mana benda yang boleh buat dulu, lebih balik kita buat dulu... sebab nanti majlis da dekat, tengok-tengok kad tak ada lagi...tak ke naya macam tu... (banyak pula pakai perkataan ni hari ni..hehehe)...

photographer pun da ada.... fizah da maklumkan pada abang sepupu fizah untuk jadi photographer masa majlis fizah nanti... senang sikit berurusan dengan keluarga sendiri.. dapat juga membantu saudara sendiri.tak gitu?? heeeee~

khemah, meja dan kerusi pun mak fizah dah tempah siap-siap...takut nanti orang lain da booking, kita terpaksa minta jemputan makan bersila ramai-ramai pula nanti if tak dapat kerusi dan meja... kesian pula bagi mereka yang tak boleh duduk bersila lama-lama.. heeeee~

fizah still survey mana-mana barang yang harganya berpatutan yang boleh dijadikan hantaran.... any idea readers? siapa-siapa yang ada idea tu boleh la share dengan fizah... jangan segan-segan untuk tinggalkan komen.... thanx readers.. :)