Followers

Tuesday, February 11, 2014

Set Menyusu Lengkap Buat Ibu-ibu SUPERB~

Assalammualaikum dan hai readers.

Hari ni Fiza nak share berkenaan Set Menyusu Lengkap.


Set ni bukan sahaja sebagai MILK BOOSTER, juga sebagai supplement lengkap, ditambah dengan keperluan kalsium yang mencukupi, dapat mengurangkan stres ibu dan juga boleh menambah tenaga bagi ibu SUPERB ni. Semua NUTRIEN PENTING mencukupi untuk keperluan ibu & juga bayi. Rugi sangat kepada siapa yang tak nak mencuba, anda pasti teruja dengan hasilnya nanti. 


Ibu-ibu SUPERB sekalian, pastikan anda memberi yang terbaik untuk bayi anda. MEREKA berhak dapat yang TERBAIK daripada ANDA!

So, kepada sesiapa yang nak dapatkan yang terbaik untuk diri mereka dan juga bayi, bolehlah dapatkan set lengkap menyusu ini.

Jangan malu-malu dan segan-segan untuk PM, CALL/SMS kami di talian 013-2811802. 

Jom Sama-sama Jadi Lebih Sihat! 




Saturday, February 8, 2014

Jom Atasi Stres !

Assalammualaikum dan hai readers.

Sihat tak? Fiza alhamdulillah, selesema sikit. heeee~


Readers sekalian, meh Fiza nak share barang baik yang boleh kurangkan stres dan tekanan kita. Fiza sendiri pun ambil, maklumlah kadang-kadang mesti ada sesuatu yang Allah bagi pada kita untuk uji kita kan?

dengan izin Allah selepasa pengambilan Vitamin B Complex ni, bila ada tekanan pun tak berapa nak terasa dah. alhamdulillah.

banyak lagi manfaat Vitamin B ni, antaranya menukarkan makanan kepada tenaga dan meredakan senggugut. Syukur ya Allah, dengan kuasaMu banyak manfaat yang boleh didapati.

So, Jom Sama-sama Jadi Lebih Sihat!

Hafizah & Azaqusyairi
Pengedar Berdaftar Shaklee : 1075915
CALL/SMS : 013-2811802



Friday, February 7, 2014

Set Asas Kesuburan

Assalammualaikum dan hai semua.

Sambil-sambil menonton Halaqah, Perlawanan bola sepak, Maharaja Lawak Mega atau apa saja saluran. Meh nak pinjam sikit masa uols..


Fiza nak share berkenaan Set Asas Kesuburan. Alhamdulillah, setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan untuk memiliki zuriat yang soleh/solehah mereka sendiri, kan? Macam kami suami isteri juga, amat mengimpikan untuk mempunyai zuriat soleh/solehah sendiri. Semoga dimakbulkan Allah, amin~

Syukur kepada Allah Yang Maha Mengetahui masih menguji kami. Itu tandanya Allah masih ingin mendengar luahan dan rintihan kami. Alhamdulillah Ya Rabb!

Jadi, kat sini kami nak share ikhtiar kami suami isteri untuk mendapatkan zuriat soleh/solehah. Kami sendiri sedang mencuba Set Asas Kesuburan ni. Kami terus berusaha & berikhtiar, Allah Yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat kami. Doakan yang terbaik untuk kami, kami juga mendoakan semua yang telah mendirikan rumahtangga dikurniakan zuriat yang soleh/solehah. 

Kepada sesiapa yang ingin berusaha & berikhtiar mendapatkan zuriat soleh/solehah seperti kami, berminat untuk mencuba Set Asas Kesuburan ini, jangan malu jangan segan, PM, CALL/SMS kami di talian 013-2811802.

Jom Sama-sama Usaha & Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Soleh/Solehah!

Jom Sama-sama Jadi Lebih Sihat!

Thursday, February 6, 2014

COMEBACK~

Assalammualaikum dan hai readers.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas dan teruskan kehidupan di dunia ini.

lama sangat da x post kat blog, macam busy bebenor..heeee~

sekarang ni fiza dah menceburkan diri dengan dunia produk kesihatan shaklee. memang menakjubkan! jom join fiza!

Fiza makan Vitamin C, alhamdulillah memang nampak perubahan pada warna dan struktur kulit. dulu, kulit fiza berbelang, tak sekata, lepas makan Vitamin C, dengan izin Allah kulit makin sekata dan makin lembut.

So, sesiapa yang berminat nak cuba Vitamin C macam Fiza ambil ni boleh SMS/CALL Fiza di talian 013-2811802.

Jom Sama-sam Jadi Lebih Sihat!

Wasalam~

Saturday, April 20, 2013

Married life

Salam and hi readers... ya Allah,baru perasan punya la lama x update blog... since jadi housewife, ni baru teringat ada blog... da bersawang da rasanya blog ni...hehehe....

Alhamdulillah, setelah jadi isteri ni, banyak sangat perubahan dalam diri.. memang berbeza... rasa lebih bertanggungjawab, lebih prihatin... memang best la kahwin ni... kepada readers yang belum kahwin tu, kena kahwin dulu baru boleh tau macam mana perasaan orang da kahwin ni...

ok la, sampai sini je la untuk first entry yang telah sekian lama tak update ni... wasalam... :)

Wednesday, October 24, 2012

~Final Preparation~

salam and hi readers...

lamanya tak update blog.. terlalu banyak sangat benda yang dibuat, sampai tak sempat nak ngadap blog... sebenarnya tak banyak sangat pun preparation yang dibuat..

meh tgk checklist dulu :

baju nikah & tudung : settle
katering: settle
goodies bag : settle (nak masukkan isi2)
hantaran : weekend ni baru nak deko (with siblings)
baju : in progress
pelamin : tunggu nak pasang
kasut : masih mencari (tapi da ada back-up)
bilik pengantin : tunggu nak deko

kiranya sekarang ni hanya tinggal untuk deko-deko... asalnya fizah nak buat sendiri bunga telur, tapi bakal mak mertua sarankan beli siap, sebab jumpa yang murah dan ada warna tema..hehehe.. jadi da jimat masa.. paper bag pun dapat yang murah, beli siap.. tak jadi nak pakai brown paper, jadual fizah terlalu pack, tak sempat if nak buat sendiri... ish3... hehehe

fizah harap sangat readers doakan majlis fizah berjalan lancar ye... amin.. doakan perkahwinan kami hingga ke syurga... amin... thanx semua..

jika ada kelapangan, fizah update lagi ye.. jika tak sempat, maafkan fizah... :) wasalam

Wednesday, September 12, 2012

Paka

Salam and hi semua...

apa kaba readers? fizah harap readers semua sihat.. fizah sekarang ni berada di Paka... fizah join kursus keusahawan... sebenarnya tak sangka masih ada rezeki.. alhamdulillah...

hari ni baru hari ke-3... walaupun baru je lagi, fizah dah rasa sangat seronok... banyak ilmu yang dicurahkan kepada kami... fizah harap kursus ni dapat membantu kami semua di masa mendatang, insyaAllah..

fizah nak update pasal preparation kahwin, tapi masa belum mengizinkan lagi... jadi, nanti ada kelapangan fizah akan update k...

sampai sini dulu kali ini.. lain kali kita sambung lagi ye.. wasalam...

Wednesday, July 4, 2012

~The End~

Assalammualaikum and hi readers...

da bersawang nampaknya blog ni... maaf sangat-sangat kepada readers yang baca blog fizah ni sebab bila buka je tak ada pun post baru.. fizah terpaksa tumpukan sepenuh perhatian terhadap final exam hingga pertengah bulan Jun yang lalu.. seminggu selepas tu perjuangan diteruskan lagi untuk 3P Course... Alhamdulillah, segalanya telah berakhir... syukur ke hadrat Ilahi...

akhirnya, tamat sudah perjuangan fizah untuk menamatkan pengajian di peringat Ijazah... syukur fizah panjatkan pada Ilahi kerana mempermudahkan segalanya... syukur alhamdulillah... menunggu masa untuk menggenggam segulung ijazah pula... insyaAllah... fizah harap readers semua doakan fizah berkesempatan dan diberikan ruang serta peluang daripada Allah untuk merasai nikmat menerima ijazah...amin...

bersesuaian dengan tajuk entry fizah kali ini, fizah nak hentikan coretan kali ini di sini.. insyaAllah bertemu lagi ~